• 9264
1

MPH Group Publishing

Kerasnya Takdir Oleh Haitun Kamarazaman

Regular price
RM 29.90
Sale price
RM 29.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kerasnya Takdir Oleh Haitun Kamarazaman

Dia menantu yang tidak diiktiraf, hanya kerana dirinya seorang gadis kampung yang tiada gelaran. Sejak anak dan suaminya dibawa pergi, hidup Jeha berubah 360 darjah.

“Aku tak gila. Sumpah aku tak gila! Yang gila, orang yang pisahkan aku dengan anak aku.” – JEHA

Ditakdirkan selepas 20 tahun, anak itu kembali ke Lipis mencarinya, namun kisah duka belum berakhir. Penghinaan demi penghinaan terpaksa dihadapai angkara kisah silam ibunya.

“Mustahil kita bersatu Izz, cinta perlukan pengorbanan.” – SALEHA

Adakah Izzudin dan Saleha perlu mengorbankan cinta yang membara kerana dendam keluarga mereka?

“Jangan mengulangi kesilapan ibu sayang. Jangan berkahwin tanpa restu keluarga.” – JEHA

“Tak pernah ada keturunan aku bersatu dengan orang kebanyakan …” -SYARIFAH AMINAH

Terungkaikah dendam lama? Adakah ujian hidup mengangkat diri di sisi Tuhan? Bagaimana kesudahan Jeha, Saleha, serta Izzudin, kekasih hatinya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konflik cinta yang terhalang oleh perbezaan darjat dan status keluarga
  • Pengorbanan dalam hubungan cinta serta perkahwinan
  • Perpisahan ibu dan anak akibat campur tangan keluarga
  • Dendam lama, penghinaan dan rahsia silam yang kembali menghantui

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menyukai kisah cinta terhalang
  • Pembaca yang meminati drama kekeluargaan dan konflik generasi
  • Pembaca yang gemar kisah pengorbanan ibu serta hubungan ibu dan anak

Maklumat Buku

  • Penulis: Haitun Kamarazaman
  • Penerbit: MPH Group Publishing
  • ISBN: 9789672923299
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan