• 3081
1

Buku Prima

Isteriku Romantik Oleh Azalea Eshal

Regular price
RM 18.90
Sale price
RM 18.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Isteriku Romantik Oleh Azalea Eshal

lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku. Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian.Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga. Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?

"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konflik keluarga selepas perceraian emosi dan perkahwinan semula ayah
  • Ketabahan menghadapi ibu yang mengalami gangguan kesihatan mental
  • Cinta monyet yang berkembang menjadi persoalan cinta sejati
  • Dilema memilih antara Mikail Islam dan Adi Putra

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta tiga segi
  • Pembaca yang menyukai drama kekeluargaan
  • Pembaca yang berminat dengan kisah perkahwinan dan kehidupan selepas berkahwin

Maklumat Buku

  • Penulis: Azalea Eshal
  • Penerbit: Buku Prima
  • ISBN: 9789670535104
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan