• 1403
1

Kaki Novel

Dosa Semalam

Regular price
RM 19.00
Sale price
RM 19.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Dosa Semalam

Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.

Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati  Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Trauma dan pemulihan diri selepas pengalaman rogol
  • Kehidupan ibu tunggal serta cabaran membesarkan anak
  • Konflik keluarga dan stigma terhadap anak tidak sah taraf
  • Cinta, pengampunan dan peluang kedua

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu yang menggemari kisah penuh konflik emosi
  • Pembaca yang tertarik dengan tema trauma, ketabahan dan pemulihan diri
  • Pembaca yang menyukai kisah ibu tunggal dan perjuangan membesarkan anak
  • Pembaca yang gemar tema pengampunan, penebusan dan peluang kedua

Maklumat Buku

  • Penulis: Adilla Tasha
  • Penerbit: Kaki Novel
  • ISBN: 9789675067501
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan