• 9315
1

Karyaseni

BLACK GHOST UmarAlhaidar Oleh Rose Harissa

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis BLACK GHOST UmarAlhaidar Oleh Rose Harissa

Saat cita-cita menjadi salah seorang ‘geng pecah pintu’ tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian.

Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan ­identiti kepada orang awam termasuk kepada ­keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan.

Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang ­terhasil ­daripada latihan intensiti tinggi dan ­operasi ­tersembunyi di sebalik ­uniform Umar. Hanya Megat Adri dan ­sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya.

Sumpah perajurit komando yang dilafaz oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. ­Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. ­Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh.

“Kenapa ak suka komando?” – UMAR ALHAIDHAR

“Sebab … ganas, gatal, kanibal! Jangan bagi tahu saya awak komando....” – MIKANADIRA

“Tak. Saya ‘askar pekak’.” – UMAR ALHAIDHAR

Tapi tuntutan tugas, memaksa Umar terpaksa ­melupakan si ­‘bunga yang wangi dan tercinta’.

Setelah para perwira menggadai nyawa ­mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan ­tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka ­pintu kepada para ­bandit. Kuala Lumpur huru-hara.

Bagai halilintar, bersama para sahabat ‘Black Ghost’, Umar ­mempertaruhkan nyawa di ­Menara TRX.

Mampukah Kumbang menumpaskan musuh, ­melindungi orang awam dan kembali kepada ­bunganya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kehidupan dan latihan intensif anggota komando
  • Operasi rahsia, keberanian dan pengorbanan demi negara
  • Kesetiaan kepada pasukan, rejimen dan Yang diPertuan Agong
  • Konflik antara tuntutan tugas dengan cinta dan keluarga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel aksi dan ketenteraan
  • Peminat kisah komando, operasi khas dan misi berbahaya
  • Pembaca yang menggemari tema patriotisme serta pengorbanan
  • Peminat novel romantik dengan latar tugas berisiko tinggi

Maklumat Buku

  • Penulis: Rose Harissa
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674692070
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan