• 1639
1

Karya Bestari

Rawatlah Hati

Regular price
RM 19.90
Sale price
RM 19.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Rawatlah Hati

LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan. Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan ALLAH itu amat luas rahmat-NYA.

Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh. Jagalah, usah dikotori kerana jika daging yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya. Bersihkan hati dengan me­yakini bahawa ALLAH adalah pembekal kasih sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagia­an, Yakinlah bahawa setiap sakit ada ubat­nya, carilah... agar kehidupan menjadi lebih bermakna.

Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang khusus ditulis untuk anda. Mudah-mudahan RAWATLAH HATI mampu dijadikan ambulans kecemasan sementara me­nanti bantuan yang lebih besar daripada-NYA, yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.

Rawatlah Hati mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:
Meraih cinta anak pada orang tua
Membina semula cinta yang pudar
Memupuk keintiman dengan ILAHI
Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
Memerdekakan belenggu di dalam diri
Menangani emosi dan tekanan perasaan
Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati Memaafkan dan mengusir dendam kesumat Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Merawat hati daripada penyakit seperti ego, takbur, dendam dan rasa negatif
  • Mengurus luka emosi, tekanan perasaan dan pengalaman pahit dalam kehidupan
  • Memupuk keimanan, ketakwaan dan keintiman dengan Allah
  • Membina semula kasih sayang dalam hubungan keluarga dan cinta

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang sedang berdepan luka emosi dan tekanan perasaan
  • Individu yang ingin memperbaiki hati serta meningkatkan keimanan
  • Mereka yang mahu melepaskan dendam, ego dan penyakit hati
  • Pembaca yang ingin memulihkan hubungan keluarga atau cinta

Maklumat Buku

  • Penulis: Dr. Rubiah K. Hamzah
  • Penerbit: Karya Bestari
  • ISBN: 9789678603560
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan