• 5649
1

Fathuri Salehuddin

Mudahnya Menjemput Rezeki 2

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mudahnya Menjemput Rezeki 2

Saudaraku, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Inilah sebabnya seorang hamba perlu meminta segala sesuatu kepada Allah.
-"Sesungguhnya urusan Allah apabila menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata, "Jadilah Maka ditangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan." (Surah Yasin: Ayat 82-83)

Seorang hamba mengatakan ada hajat kecil dan hajat besar. Ada masalah kecil dan masalah besar Bagi Allah semuanya mudah dan semuanya kecil. Hanya Allah Yang Maha Mulai hari ini seorang hamba boleh mengubah kehidupannya menjadi lebih baik, biarpun masih bekerja yang sama dan masih dengan bisnes yang sama. Yakinlah apabila iman dan amal dibaiki, hasilnya pun baik.
-"Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman maka Kami sesungguhnya akan menghidupkan dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan mereka dengan memberi ganjaran daripada apa-apa yang mereka telah kerjakan." (Surah an-Nahl: ayat 97)

Yakinlah!

Apabila seorang hamba kenal kudrat Allah, maka cukuplah Allah baginya.

Seorang hamba yang sempurna iman, amal dan akhlaknya maka bantuan Allah akan bersamanya.

Bantuan Allah seperti pintu automatik di airport Dari jauh nampak tertutup. Pun begitu, apabila dihampiri terbukalah ia. Justeru, agar dibantu Allah, hampiri Allah.

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa." (Surah Thaha: Ayat 132)

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Keyakinan kepada kekuasaan Allah dalam mengatur rezeki dan kehidupan
  • Kepentingan iman, amal soleh dan akhlak dalam memperoleh kehidupan yang baik
  • Doa, tawakal dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah
  • Mendekatkan diri kepada Allah melalui solat, kesabaran dan ketakwaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Muslim yang ingin meningkatkan keyakinan terhadap rezeki Allah
  • Individu yang sedang menghadapi masalah kewangan atau kehidupan
  • Usahawan dan pekerja yang mahu memperbaiki keberkatan rezeki
  • Pembaca yang ingin memperkukuh iman, amal dan akhlak

Maklumat Buku

  • Penulis: Fathuri Salehuddin
  • Penerbit: Fathuri Salehuddin
  • ISBN: 9789671173411
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan