• 2051
1

Al-Hidayah

Bahkan Para Sufi Pun Kaya Raya

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bahkan Para Sufi Pun Kaya Raya

“Barang siapa yang ingin dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya dan dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah di bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim.” (Hadis Riwayat Abdullah Bin Ahmad, Bazzar dan Tabrani).

Peribadi istimewa seperti Abdurrahman bin ‘Auf, Imam Hanafi, Junaid al-Baghdadi hinggalah Hasyim Asy’ari, sebagaimana yang kita semua tahu adalah pemimpin Islam, ulama, ahli ibadah, pengamal tarekat dan para sufi yang dimuliakan Allah S.W.T. Secara rohaniah dan spiritual, mereka adalah contoh orang yang luar biasa keimanan dan ketakwaannya. Realitinya mereka ini dikategorikan sebagai sangat kaya. Dengan kekayaan itu, mereka berupaya dan mampu menyumbangkan sesuatu untuk kemaslahatan umat Islam.

Sememangnya begitulah yang dimahukan Rasulullah S.A.W sejak ribuan tahun yang lalu. Baginda memerintahkan kepada umatnya untuk memerangi kemiskinan. Bahkan baginda menegaskan bahawa kemiskinan itu mendekatkan kita kepada kekufuran. Oleh itu perangilah kemiskinan, lawanlah kemelaratan dan bekerja keraslah agar kita kaya harta dan sekaligus kaya jiwa.

Dengan menakjubkan, buku ini memperlihatkan betapa ramai para sufi, hamba Allah yang luar biasa ibadahnya yang kaya dari segi materialnya. Dengan limpahan rezekinya, mereka mampu mendorong umat ke arah kemajuan, kesejahteraan dan kekuatan.

Maka masihkah anda tidak malu kepada Allah S.W.T dan rasul-Nya untuk mengatakan bahawa mukmin sejati adalah mereka yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia dan hanya berpasrah nasib kepada takdir tanpa bekerja?

Subhanallah, bukankah Allah S.W.T telah menegaskan di dalam al-Qur’an bahawa Dia tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga dia berusaha mengubahnya sendiri?

Bergurulah dengan para ahli ibadah, para sufi yang jutawan dan dermawan dalam buku ini…

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hubungan antara kekayaan, ketakwaan dan kehidupan para sufi
  • Kisah tokoh Islam yang kaya, berilmu dan dermawan
  • Kepentingan bekerja keras serta berusaha mengubah nasib
  • Peranan harta dalam membantu kemaslahatan umat Islam

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin memahami pandangan Islam terhadap kekayaan dan kemiskinan
  • Individu yang berminat dengan kisah para sufi, ulama dan tokoh Islam
  • Usahawan Muslim yang mahu membina kekayaan berteraskan iman
  • Pembaca yang mencari motivasi untuk berusaha, bekerja keras dan berjaya

Maklumat Buku

  • Penulis: Badiatul Roziqin
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675984730
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan