• 9668
1

Fajar Pakeer

Harum Sundal Malam

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Harum Sundal Malam

Dia kembali… bukan untuk memaafkan, tetapi menuntut balasan.

Dulu, dia jiwa yang lembut, namun kematian yang kejam mengubahnya menjadi bayang dendam yang tidak lagi mengenal belas. Sumpah kesumat puntianak itu tidak pernah lenyap daripada ingatan penduduk kampung.

Ada yang mempercayainya, ada juga yang menolak kewujudannya. Namun, hutan terlaran tempat puntianak itu dikurung, tetap dijaga rapi. Tiada siapa berani melangkah masuk tanpa keizinan. Sehinggalah kematian misteri Meela, gadis yang nekad menyelidik kisah puntianak di Kampung Permatang Bidara, membuka kembali cerita yang lama terkubur. Malah, Medina turut dihantui mimpi misteri yang membawanya menyelongkar kisah puntianak itu dan asal-usulnya.

Kedatangan Medina mencetuskan tragedi di kampung itu. Yang dikurung akhirnya dibebaskan. Ada nyawa yang menjadi korban. Namun, Medina tidak berhenti daripada terus membongkarkan rahsia di sebalik tragedi 125 tahun lalu. Segalanya bermula daripada kisah silam… Fitnah dan pengkhianatan terhadap seorang insan bernama Cindai, yang akhirnya melahirkan dendam yang tidak pernah mati.

“Aku bersumpah setelah aku mati, aku akan bangkit menjadi syaitan untuk balas dendam! Satu kampung ini akan bermandikan darah!” – Cindai

“Bukankah susur jalur keluarga Wangi ini hanya melahirkan anak perempuan?” – Medina

Mengapa susur jalur keluarga Wangi hanya melahirkan anak perempuan dan apakah kaitannya dengan dendam Cindai?

Adakah dendam Cindai benar-benar bangkit selepas 125 tahun?

Siapakah korban seterusnya apabila yang dikurung akhirnya dibebaskan?

“Aku tidak berpihak kepada sesiapa. Yang salah tetap salah. Tapi kau memilih untuk bersekutu dengan syaitan.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Dendam roh dan sumpah kesumat
  • Misteri puntianak serta kisah supernatural
  • Rahsia silam dan tragedi 125 tahun lalu
  • Fitnah, pengkhianatan dan keadilan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel seram Melayu
  • Peminat kisah puntianak, roh dan makhluk ghaib
  • Pembaca yang menyukai misteri berlatarkan kampung
  • Peminat cerita tentang dendam, sumpahan dan rahsia keluarga

Maklumat Buku

  • Penulis: Ilya Abdullah
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: BBO-6749
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan