• 9296
1

Fajar Pakeer

Apartment Oleh Siti Rozilah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Apartment Oleh Siti Rozilah

Antara ilusi dan realiti, terciptanya halusinasi yang membadai mimpi ngeri yang tidak terjangkau dek akal. Itulah jiwa seorang manusia bernama Akashah.

Dia jatuh cinta dengan Maya perempuan penghidap skizofrenia. Tiada sedikit pun rasa terkilan di hati Akashah kerana beristerikan wanita itu. Kehadiran Aiman menambahkan kebahagian mereka. Mendiami apartmen sendiri, menjadikan hidup semakin indah.

“Biasalah kalau tinggal kat apartmen macam ni. Waktu siang, semua

penghuninya keluar bekerja. Waktu malam pula mereka berkurung dalam rumah,

berehat.” – AKASHAH

Dalam diam, penyakit Maya semakin memamah dirinya. Maya terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk kekal waras. Emosinya mudah terganggu, sensitif serta mempunyai sifat cemburu melampau.

“Kesian kau, Maya. Kau terperap sepanjang hari kat rumah ini sedangkan suami kau bebas di luar sana!” – MAYA

Akashah pula sering digasak mimpi dan bayangan yang isteri serta anaknya terjun dari tingkat atas apartmen blok sebelah. Mimpi sama yang berulang-ulang itu mengganggu perasaannya.

Kemunculan gadis bernama Miera yang mempunyai mata tak berhijab, menjentik hati Akashah.

“Perlukah aku beritahu dia tentang syaitan yang sedang memperkudakannya itu? Kalau aku beritahu, agak-agaknya dia percaya tak?” – MIERA.

Apartmen itu bernyawa. Ia seperti mencabar kewarasan Akashah.

Perlukah dia keluar dari situ sedangkan kediaman itu yang didambakan Maya?

Siapa pula Hasnita dan Miera yang muncul tiba-tiba?

“Dah lama saya menjadi penunggu bangunan ini.” – HASNITA

Akan terjawabkah mimpi yang sering mengusik lenanya?

Di alam sedar dia mencipta kenangan, namun hakikatnya dia terbunuh bersama semangat yang bernyawa.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Gangguan halusinasi dan kekeliruan antara ilusi dengan realiti
  • Skizofrenia, kesihatan mental dan kebergantungan kepada ubat
  • Misteri apartmen berhantu serta kewujudan makhluk ghaib
  • Mimpi ngeri, bayangan kematian dan trauma psikologi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel seram psikologi
  • Peminat kisah misteri berlatarbelakangkan bangunan atau apartmen
  • Pembaca yang tertarik dengan tema kesihatan mental dan skizofrenia
  • Peminat cerita penuh plot twist, halusinasi dan realiti yang mengelirukan

Maklumat Buku

  • Penulis: Siti Rozilah
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222136
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan