• 8136
1

Fajar Pakeer

Aphonic

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Aphonic

Kepercayaan, ketidakadilan sudah hilang sejak munculnya kenyataan yang menyakitkan.

Ada naluri yang kosong, tiada jawapan mengenai setiap petualang.

Ada ancaman yang marabahaya, tiada pengakhiran untuk menghentikan.

Mereka terjebak dalam kancah rahsia demi mempertahankan maruah diri untuk kekal hidup, bukannya mati di tangan Silent Killer.

✔️ Silent Killer... pembunuhan yang kejam dan teratur tanpa meninggalkan secebis bukti.
✔️Silent Killer… penjahat VS penjahat.
✔️Silent Killer… umpama meletak nyawa di hujung tanduk.

Sejak berpindah ke sekolah yang paling misteri di dunia, banyak perkara pelik yang menimpa. Apa sebenarnya rahsia di sebalik semua itu?

“Aku dah kata, aku tak nak terlibat.”- SAM

"Pernah ke aku dianggap sebagai pesalah?"- LISSA

"Kami datang sini untuk membantu kau, Sam." - ROXY

Tiga gadis, tiga keperibadian yang berbeza tetapi berkait sesama mereka. Dunia bermandikan darah yang sentiasa menanti tanpa batas waktu.

Walau rasa cinta yang tumbuh, harus dipangkah. Walau rasa bahagia yang mengintai, harus dilupa… kerana misi adalah menghapuskan manusia durjana di luar sana.

Mampukah musuh merangkak hingga bertemu jalan mati?

Dapatkah mereka mengawal kekuatan yang tidak diketahui daripada membinasakan diri?

Disengat ular berbisa, sakit yang makin lama menyerap pantas mematikan si pemangsa. Sampai bila ia mampu bertahan lagi?

Tentang mereka yang kelihatan polos, tetapi di sebaliknya tertanam kekejaman yang mendominasi, menghilangkan setiap nyawa dengan penuh sadis.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Misteri sekolah dan rahsia tersembunyi
  • Pembunuhan terancang tanpa bukti
  • Kelangsungan hidup dan ancaman maut
  • Persahabatan, kepercayaan dan pengkhianatan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel thriller dan misteri
  • Peminat kisah pembunuhan penuh tekateki
  • Pembaca yang menyukai latar sekolah rahsia
  • Peminat cerita aksi, survival dan bahaya

Maklumat Buku

  • Penulis: Hyun Yunzz
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221252
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan