• 1358
1

NB Kara

Ranting Cinta Si Plato Oleh Norhayati Berahim

Regular price
RM 25.90
Sale price
RM 25.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ranting Cinta Si Plato Oleh Norhayati Berahim

Sukar menerima hakikat si suami pergi tak kembali. Hati Sofea galau dan ganar. Separuh nyawanya terasa melayang. Bagi dia, Alfian, si suami terlalu muda untuk mati. Namun cerita yang terbongkar selepas kematian Alfian, membuat hatinya luka parah.

Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang telah tertinggal di belakang.

Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan oleh Alfian harus dipadam. Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Duka seorang balu selepas kehilangan suami
  • Rahsia dan kisah kelam yang terbongkar selepas kematian pasangan
  • Cinta lama dan peluang kedua dalam percintaan
  • Proses bangkit daripada luka emosi serta pengkhianatan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta dan romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta kedua atau cinta lama bersemi semula
  • Pembaca yang suka tema kehilangan, pengkhianatan dan penyembuhan emosi
  • Wanita dewasa yang meminati kisah kekuatan diri serta bangkit selepas kecewa

Maklumat Buku

  • Penulis: Norhayati Berahim
  • Penerbit: NB Kara
  • ISBN: 9789675229121
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan