Al-Hidayah
Buku Rujukan Haji & Umrah Untuk Wanita
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Buku Rujukan Haji & Umrah Untuk Wanita
Ibadah Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Manakala Umrah pula ibadah sunnah yang dikenali sebagai ibadah Haji Kecil, yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilatnya. Kedua-dua ibadah ini memerlukan persediaan fizikal, mental dan rohani yang sempurna untuk mendapat ibadah yang mabrur. Buku ini merupakan sebuah rujukan yang amat sesuai untuk kaum Hawa dalam menyiapkan diri untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Berbeza daripada kebanyakan buku persediaan atau rujukan ibadah Haji dan Umrah yang sedia ada, buku ini memasukkan bab-bab pengkhususan untuk bakal jemaah Haji dan Umrah wanita. Disampaikan apa yang dibolehkan dan dilarang bagi jemaah wanita khususnya, selain itu juga ditambahkan dengan kedudukan mereka yang dimuliakan di sisi Allah. Semoga dengan usaha penulis yang menyediakan sebuah rujukan khusus untuk bakal Haji dan Umrah wanita dapat dimanfaat sebaiknya. Lebih besar lagi harapannya untuk memberikan lebih keyakinan kepada kaum Hawa yang akan menunaikan ibadah Haji dan Umrah dengan persediaan ilmu dan pengetahuan yang mantap, selain persediaan fizikal dan material.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Persediaan fizikal, mental, rohani dan ilmu sebelum menunaikan Haji dan Umrah
- Panduan asas ibadah Haji dan Umrah untuk wanita
- Perkara yang dibolehkan dan dilarang bagi jemaah wanita
- Keperluan serta persediaan khusus wanita ketika berada di Tanah Suci
Buku Ini Sesuai Untuk
- Wanita yang bakal menunaikan ibadah Haji
- Wanita yang merancang untuk menunaikan Umrah
- Jemaah wanita yang ingin memperkukuh ilmu ibadah di Tanah Suci
- Ahli keluarga yang mencari panduan Haji dan Umrah khusus untuk wanita
Maklumat Buku
- Penulis: Dr. 'Ablah Muhammad Al-Kahlawi
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674390051
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 7 x 10 inci
- Berat: 0.3 kg