• 5583
1

Fajar Pakeer

Hero Pandang Pertama

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Hero Pandang Pertama

Tak semua heroin akan jatuh cinta pandang pertama dengan heronya. Itulah yang terjadi bila Aura Aisyah pergi pasar pakai kasut wedges. Dah nak terjatuh, mujur Qauthar sempat sambut. Tapi, Aura Aisyah tuduh lelaki tu nak ngurat dia pula.

“Habis tu, kenapa gaya awak macam nak usyar saya aje?”
“Saya tak cakap pun. Saya cuma cakap hero selamatkan awak. Saya tak cakap yang saya nak ngurat awak.”
“Bukan sama aje ke? Awak perasan yang awak tu hero saya.”
“Awak ni, perasan cantik eh?”

Orang cakap kalau kali pertama itu kebetulan, yang kedua itu tak sengaja. Kalau dah kali ketiga muncul depan mata, itu takdir namanya. Kali ini, bukan setakat hero, Qauthar jadi suami Aura Aisyah secara tiba-tiba.

Mula-mula, biasalah. Isteri tak nak suami datang dekat-dekat. Tapi, bila Qauthar menyakat, mulut yang laju membangkang jadi tersekat-sekat.

“Pintu tak boleh terbuka luas, kena tutup rapat. Jarak kita terlalu jauh. Jadi…”
“Awak nak buat apa ni?”
“Bila dah dekat… Apa yang tertutup, kena dibuka.”
“Awak… Awak… Awak jangan macam-macam.”

Munculnya Qauthar setiap hari di hadapan mata telah membuat Aura Aisyah jatuh cinta. Namun, saat Aura Aisyah mengaku Qauthar bukan sekadar hero pandang pertamanya, kebenaran yang cuba Qauthar sembunyikan terbongkar. Aura Aisyah benar-benar terpanar.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta pandang pertama dan pertemuan yang membawa kepada jodoh
  • Perkahwinan mengejut serta penyesuaian hidup sebagai suami isteri
  • Usikmengusik dan kemesraan antara pasangan
  • Perkembangan perasaan daripada tidak suka kepada cinta

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta selepas berkahwin
  • Pembaca yang suka trope perkahwinan mengejut
  • Peminat watak lelaki yang suka mengusik dan heroin yang berani membalas

Maklumat Buku

  • Penulis: Nia Qurratun'aini
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789673653188
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan