Dear Novels
Namun Kupunya Cinta Oleh Namie Han
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Namun Kupunya Cinta Oleh Namie Han
Hidup tanpamu tidak memberi apa-apa erti bagiku...
Bagai belangkas. Jolokan yang sering digunakan untuk hubungan Ezran Hakimi dan Syafiena Amni ketika zaman persekolahan mereka.
Namun, entah di mana silapnya, hubungan teman tapi mesra itu terputus begitu sahaja apabila Ezran Hakimi bertindak memusuhi gadis itu. Dan Syafiena tidak pernah mengetahui mengapa lelaki itu boleh berubah hingga begitu sekali.
Sembilan tahun berlalu, takdir menemukan mereka kembali ketika reunion sekolah mereka. Dan, aturan Allah itu hebat. Mereka dipertemukan sekali lagi dan kali ini sebagai bos dan setiausaha!
“Apa lagi yang kau tercegat tu? Cepatlah! Apa kau fikir kau tu puteri raja ke nak tunggu disembah baru nak jalan?”
“Sehari tak sinis dengan aku, memang tak sah, kan?”
“Yelah, dengan kau sinis tiap-tiap hari, baru aman hidup aku.”
Kehadiran Bella, tunang tidak diiktiraf Ezran, membuatkan perasaan Ezran menjadi kacau-bilau. Sungguh dia tidak rela mahu bergelar suami kepada perempuan itu. Pada majlis perkahwinannya, Ezran buat kerja gila. Dia lari bersama Syafiena!
“Aku ingatkan kau dah berubah, Zran. Rupanya aku salah. Aku bodoh sebab percayakan kau!”
“Heh, kau ingat aku dah berubah? You are wrong, Syafiena Amni. Aku tak pernah berubah! Kau ingat aku dah lupa dengan dendam aku? Aku pernah cakap yang aku akan buat kau menderita, kan? Well, nampaknya aku berjaya.”
Sejak itu, Syafiena pergi tanpa berpaling lagi. Dan, setelah segala-galanya terbongkar, barulah Ezran tengadah sendiri. Mampukah Ezran meraih kemaafan setelah sekeping hati itu dilukai berkali-kali dengan kejam?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta pertama yang terpisah dan bertemu kembali selepas sembilan tahun.
- Hubungan bos dan setiausaha dalam suasana kerja yang penuh konflik.
- Dendam, salah faham dan rahsia masa lalu yang mempengaruhi hubungan.
- Perkahwinan terpaksa, pertunangan yang tidak direstui dan konflik hati.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel Melayu yang menggemari kisah cinta kedua dan pasangan yang dipertemukan semula.
- Peminat genre office romance melibatkan hubungan bos dan setiausaha.
- Pembaca yang suka watak lelaki ego, berdendam tetapi akhirnya menyesal.
- Peminat cerita penuh salah faham, konflik emosi dan rahsia masa lalu.
Maklumat Buku
- Penulis: Namie Han
- Penerbit: Dear Novels
- ISBN: 9789672902515
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg