• 4576
1

Al-Hidayah

Hayati Sunnah Nabi SAW : Sains Bekam

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Hayati Sunnah Nabi SAW : Sains Bekam

Kejadian penyakit-penyakit kronik yang meningkat pada han ini dapat dibendung dengan menggunakan kaedah yang ditunjukkan oleh pemimpin agung kita Nabi Muhammad SAW. Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud "Sesungguhnya sebaik-baik rawatan yang kamu gunakan ialah berbekam". Juga hadis yang diriwayatkan oleh Salma, seorang hamba Rasulullah SAW yang bermaksud "Tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang sesuatu penyakit melainkan Rasulullah SAW akan menyuruh orang tersebut melakukan bekam". Inilah jawapan untuk menyelesaikan masalah peningkatan penyakit penyakit kronik yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Bekam sebenarnya telah diamalkan semenjak lebih 1500 tahun sebelum Masihi di seluruh dunia. Kajian saintifik yang kami jalankan telah membuktikan bahawa berbekam itu boleh mengawal diabetes dengan menurunkan paras gula darah, menurunkan paras serum urea, kreatinin dan asid urik. Berbekam juga boleh mengawal lemak dengan menurunkan paras kolesterol (LDL, trigliserida) dan meningkatkan HDL kolesterol, menurunkan tekanan darah dan paras antigen Von Willebrand (VWF). Penurunan faktor-faktor ini boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan strok. Buku ini menerangkan dengan terperinci bagaimana kaedah bekam ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah peningkatan penyakit kronik yang melanda masyarakat moden hari ini. Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada semua golongan dan dapat memartabatkan lagi kaedah perubatan bekam selaras dengan ketinggian Islam itu sendiri.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konsep bekam berdasarkan sunnah Nabi Muhammad SAW
  • Sejarah dan perkembangan amalan bekam dalam perubatan
  • Kaedah bekam serta penerapannya dalam penjagaan kesihatan
  • Peranan bekam dalam membantu mengawal diabetes, kolesterol dan tekanan darah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Individu yang berminat dengan perubatan Islam dan sunnah Nabi SAW
  • Pengamal atau pengkaji rawatan alternatif
  • Pesakit yang ingin memahami pendekatan pelengkap bagi penyakit kronik
  • Pengamal perubatan, kesihatan dan terapi tradisional

Maklumat Buku

  • Penulis: pemimpin agung kita Nabi Muhammad SAW. Imam Muslim
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674480707
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan