• 2351
1

PTS

Wedding Photography

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Wedding Photography

Faktor perkembangan teknologi digital menjadikan bidang fotografi perkahwinan kini lebih mencabar kerana ia dapat dikatakan mencakupi pelbagai genre fotografi secara meluas. Dalam fotografi perkahwinan masa kini terkandung antara lainnya genre potret, majlis rasmi, komersil, dan fotojurnalisme. Ini menjadikan bidang fotografi perkahwinan sebagai genre yang istimewa dan diminati ramai.

Oleh kerana luasnya ruang lingkup bidang ini, terdapat banyak perkara yang tidak dapat dikupas dengan mendalam dalam buku ini. Justeru memerlukan rujukan lanjut kepada pelbagai sumber lain seperti manual peralatan fotografi serta rujukan tentang seni visual.

Fotografi perkahwinan juga memerlukan lebih daripada kemahiran teknikal semata-mata. Ia melibatkan kemahiran halus seperti teknik komunikasi yang betul, daya ketahanan diri yang tinggi, serta kebolehan berfikir dan bertindak dengan pantas.

Dengan tip-tip yang ringkas dan padat yang ditampilkan berdasarkan pengalaman penulis selaku fotografer profesional, diharap sedikit sebanyak dapat membantu bagi meningkatkan kemahiran.

Sekiranya pembaca berhajat bagi menjadikan bidang ini sebagai sebahagian mata pencarian, anggap segala detik penting dari mula perjalanan majlis perkahwinan berlangsung hingga ke akhirnya sebagai milik kita sendiri. Dengan cara ini, bukan sahaja membantu kita menghargai aspek halus yang menjadikan setiap detik dan sudut bermakna, tetapi juga meningkatkan rasa tanggungjawab bagi menunaikan harapan pelanggan.


Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Asas dan skop fotografi perkahwinan merangkumi potret, majlis rasmi, komersial dan fotojurnalisme.
  • Teknik merakam detik penting serta sudut bermakna sepanjang perjalanan majlis perkahwinan.
  • Penggunaan peralatan fotografi dan kepentingan rujukan seni visual dalam menghasilkan gambar berkualiti.
  • Kemahiran komunikasi, ketahanan diri serta kebolehan membuat keputusan dengan pantas.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Fotografer perkahwinan yang ingin meningkatkan kemahiran profesional.
  • Individu yang baru berjinakjinak dalam bidang fotografi.
  • Pelajar fotografi dan seni visual.
  • Jurugambar sambilan yang ingin menawarkan perkhidmatan fotografi perkahwinan.

Maklumat Buku

  • Penulis: kerana luasnya ruang lingkup bidang ini
  • Penerbit: PTS
  • ISBN: 9789670185408
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan