Al-Hidayah
Soleh & Solehah Sejak Dalam Rahim
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Soleh & Solehah Sejak Dalam Rahim
Setiap pasangan suami isteri pasti mempunyai kisah luar biasa yang menarik untuk dikongsikan bersama. Apalagi kisah mendebarkan dan tegang, saat menunggu kehadiran si comel buah hati pengubat jiwa.
Itulah yang tersusun di dalam buku ini. Setiap susun perenggan kisahnya diceritakan secara teratur, penuh drama oleh seorang isteri bernama Miftahul Jannah. Dia membuka tabir kehidupan rumahtangganya bersama suaminya, Muhammad Yusuf Amin Nugroho. Saat penuh debaran menanti sang buah hati yang akan lebih menyerikan kehidupan mereka.
Sejak bernikah, hamil dan sehingga lahirnya sang buah hati, mereka telah mempersiapkan diri dan melakukan banyak perkara positif demi memperoleh anak yang soleh/solehah. Bermula dengan mengkaji kitab Qurratu al-‘Uyun karya Syeikh al-Imam Abu Muhammaad, solat hajat 2 rakaat sebelum melakukan hubungan suami isteri dan sebagainya.
Hayati kisah-kisah luar biasa ini, pasti setiap pasangan suami isteri akan mendapat hadiah paling istimewa daripada Allah SWT iaitu buah hati yang soleh/solehah sejak dari dalam rahim.
InsyaAllah…
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Persediaan rohani dan emosi pasangan suami isteri sebelum menimang cahaya mata
- Doa, solat hajat dan amalan Islam dalam usaha memperoleh zuriat soleh dan solehah
- Kehidupan rumah tangga sepanjang tempoh kehamilan
- Pendidikan dan pembentukan akhlak anak sejak dalam rahim
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan zuriat
- Bakal ibu dan bakal bapa yang inginkan panduan kehamilan berteraskan Islam
- Pasangan pengantin baharu yang mahu membina keluarga soleh dan solehah
- Ibu bapa yang berminat dengan pendidikan anak sejak dalam kandungan
Maklumat Buku
- Penulis: & Solehah Sejak Dalam Rahim
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789670267463
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg