Al-Hidayah
Poligami Kesenangan Atau Kesengsaraan
- Regular price
- RM 10.00
- Sale price
- RM 10.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Poligami Kesenangan Atau Kesengsaraan
Buku ini membincangkan tentang poligami mengikut agama Islam, Yahudi dan Kristian. Poligami mempunyai beberapa hikmah, termasuklah untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat Islam berhubung dengan perempuan. Selain itu, ia mempunyai hikmah kemanusiaan, penyempurnaan syariat, penyebaran ilmu, agama dan lain-lain. Teladan terbaik dalam poligami adalah manusia pilihan, iaitu Rasulullah SAW.
Musuh-musuh Islam menjadikan poligami yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk menanamkan keraguan terhadap agama suci, yakni Islam. Oleh itu, penulisan buku ini diharapkan dapat membetulkan fahaman mereka yang membabi buta.
Seseorang individu yang ingin berpoligami hendaklah adil dan sanggup memberi nafkah, Allah SWT berfirman:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain); dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (An-Nisa’: 3)
Kesimpulannya, masyarakat Islam yang berkeinginan untuk berpoligami diharapkan dapat mengamalkan kesemua sunnah Rasulullah SAW yang terkandung di dalamnya. InsyaAllah.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konsep dan hukum poligami menurut Islam
- Perbandingan poligami dalam Islam, Yahudi dan Kristian
- Hikmah poligami dari sudut kemanusiaan dan kemasyarakatan
- Teladan poligami Rasulullah SAW
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang ingin memahami hukum dan konsep poligami dalam Islam
- Suami atau bakal suami yang mempertimbangkan perkahwinan poligami
- Isteri dan bakal isteri yang ingin memahami hak serta tanggungjawab dalam poligami
- Pelajar dan pengkaji bidang pengajian Islam, kekeluargaan dan perbandingan agama
Maklumat Buku
- Penulis: -
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789675115868
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg