Al-Hidayah
Anak Amanah Allah
- Regular price
- RM 8.50
- Sale price
- RM 8.50
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Anak Amanah Allah
Anak adalah cahaya mata bagi sesebuah keluarga. Ia memberi sinaran dan hiburan dalam kehidupan. Tangisannya adalah lagu-lagu merdu buat si ayah dan si ibu. Tanpa kehadiran mereka, hidup terasa tiada erti. Walaupun membesarkannya diulit seribu penderitaan, namun keceriaan tetap terpancar di wajah ibu bapa.
Walau apa pun rasa, perasaan dan segala impian bagi ibu bapa, anak itu adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang berat. Bukan sekadar untuk disayangi, diusap, dibelai dan dirindu, bahkan ia merupakan amanah daripada Allah SWT. Ibu bapa perlu memastikan kehadiran anak di dunia ini dapat membentuk suatu gagasan hidup yang membawa kesejahteraan kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Segala keperluan dalam membina generasi harapan merupakan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh para ibu bapa.
Atas keprihatinan inilah, penulis menggarapkan resipi pendidikan yang bersumberkan sunnah Rasulullah SAW sebagai suatu rujukan yang sempurna dalam membentuk kedewasaan anak-anak kita. Oleh itu, para pembaca budiman, jadikanlah buku ini sebagai teman dalam menangani cabaran pendidikan anak-anak masa kini.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Anak sebagai amanah dan tanggungjawab ibu bapa
- Pendidikan anakanak berteraskan sunnah Rasulullah SAW
- Pembentukan akhlak dan keperibadian anak
- Peranan ibu bapa dalam membina generasi harapan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Ibu bapa yang ingin mendidik anak menurut ajaran Islam
- Bakal ibu bapa yang mahu membuat persediaan keibubapaan
- Guru dan pendidik kanakkanak
- Penuntut ilmu dalam bidang pendidikan Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Fatimah Hj. Omar
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9839188283
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg