• 8745
1

Al-Hidayah

Misteri Alam Barzakh & Dahsyatnya Peristiwa Kiamat

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Misteri Alam Barzakh & Dahsyatnya Peristiwa Kiamat

Alam barzakh merupakan salah satu perkara ghaib yang wajib kita percayai dan yakini. Alam barzakh juga dikenali sebagai alam kubur. Di sinilah nikmat dan seksaan yang akan dilalui oleh manusia. Alam barzakh atau kubur di sini bukanlah bermaksud secara zahir atau jasadnya. Seperti mereka yang mati tanpa diketahui kubur atau tanpa kubur. Contohnya, mereka yang mati dibaham buaya, hilang dan mati atau mati dengan badan hancur berkecai. Mereka ini juga tetap melalui alam barzakh. Malah semua manusia akan tetap melalui alam barzakh sebelum ke alam akhirat.

Alam barzakh ini berada di antara dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat. Bagaimana keadaan, balasan atau nikmat yang akan dihadapinya terpulang kepada amal kebajikan yang pernah dilakukannya semasa di alam dunia. Seksaan atau nikmat akan manusia hadapi di sini berterusan sehinggalah saat dibangkitkan dan dikumpulkan di Padang Mahsyar untuk pengadilan.

Peristiwa kiamat pula adalah di mana seluruh alam semesta ini akan hancur berkecai dan dilenyapkan. Bagaimana dahsyatnya, telah digambarkan di dalam Al-Qur'an. Kehancuran yang amat dahsyat dan tidak boleh dibayangkan oleh daya imaginasi manusia. Sekiranya bencana tsunami, gempa bumi, gunung berapi atau ribut badai itu sebagai gambarannya, itu hanya sekelumit sahaja dari kedahsyatan kiamat. Di hari berlakunya kiamat ini, semua manusia bagaikan hilang pedoman, keadaan menjadi huru-hara dan tiada tempat yang selamat untuk berlindung.

Buku ini merupakan salah satu buku yang akan melengkapkan koleksi bacaan dan rujukan anda dalam memahami dan mendalami ilmu tentang alam akhirat. Semoga dengan kehadiran buku ini akan menguatkan lagi keyakinan dan keimanan anda kepada Allah dan alam akhirat.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hakikat dan pengertian alam barzakh sebagai alam antara dunia dan akhirat
  • Nikmat dan seksaan kubur berdasarkan amal perbuatan manusia
  • Keadaan manusia selepas kematian sebelum dibangkitkan
  • Gambaran kedahsyatan peristiwa kiamat menurut alQuran

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin memahami alam barzakh dan kehidupan selepas kematian
  • Individu yang mahu meningkatkan keimanan kepada hari akhirat
  • Pelajar dan pencinta ilmu agama Islam
  • Keluarga yang mencari bahan bacaan kerohanian

Maklumat Buku

  • Penulis: Mahir Ahmad Al-Sufi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681631
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan