Al-Hidayah
Menu Untuk Ibu Menyusukan Anak
- Regular price
- RM 8.00
- Sale price
- RM 8.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Menu Untuk Ibu Menyusukan Anak
Susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik untuk bayi. Ia bukan sahaja mempunyai nilai yang besar dari sudut nutrisi dan keseimbangan diet untuk bayi malah dari sudut emosional dan spiritual ia mempunyai hubungan yang begitu akrab di antara si ibu dan si anak. Pakar nutrisi dan doktor amat menggalakkan penyusuan bayi dengan susu ibu. Malah mereka juga akan memberi maklumat dan tunjuk ajar bagaimana untuk memberikan sumber makanan yang terbaik ini untuk bayi yang telah dilahirkan.<
Dari sudut lain pula akan timbul kerisauan di kalangan para ibu khususnya yang masih muda atau baru kali pertama menimang anak, iaitu tentang diet bagi si ibu. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang. Bagi sesetengah mereka agak terhad pilihan menu makanan yang sesuai untuk kaum ibu yang sedang menyusukan anak.
Tidak perlu bingung lagi kerana buku ini menyediakan variasi menu sihat dan sesuai untuk para ibu yang sedang menyusukan anak.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kepentingan penyusuan susu ibu untuk tumbesaran dan perkembangan bayi
- Keperluan nutrisi ibu yang sedang menyusukan anak
- Penyediaan menu sihat dan seimbang untuk ibu menyusu
- Panduan pemakanan ibu dalam tempoh berpantang
Buku Ini Sesuai Untuk
- Ibu yang sedang menyusukan anak
- Ibu baharu atau yang pertama kali melahirkan anak
- Ibu dalam tempoh berpantang
- Bakal ibu yang ingin membuat persediaan penyusuan
Maklumat Buku
- Penulis: -
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789670268187
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg