Al-Hidayah
Melakukan Amalan Kecil, Dapatkan Pahala Besar
- Regular price
- RM 16.00
- Sale price
- RM 16.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Melakukan Amalan Kecil, Dapatkan Pahala Besar
Allah s.w.t. telah memberikan untuk manusia banyak cara untuk meraih reda-Nya. Ibarat berada di sebuah taman yang indah dan segar tidak perlu risau untuk menghirup udara nyaman dan suasana yang menyegarkan. Oleh sebab itu kita perlu menghakiskan pemikiran yang menganggap remeh terhadap amalan kecil dan hanya menunggu peluang untuk melakukan amalan besar yang mungkin jarang dilakukan atau hanya pada tempoh tertentu sahaja.
Ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa amalan kebaikan kecil yang sering dilakukan setiap hari itu, besar pahalanya jika dilakukan secara istiqamah atau berterusan. Apakah amalan-amalan tersebut?
Dapat jawapan untuk persoalan itu di dalam buku ini. Dikupas secara terperinci dan mudah untuk difahami. Di antara amalan berkenaan adalah zikir, bersilaturrahim, senyum, memberi salam, berjabat tangan, memuliakan tetamu, memberi pinjaman, menziarahi orang sakit, mendoakan orang lain, sentiasa bermanis muka, membuang benda-benda yang menghalang jalan dan banyak lagi amalan yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian kita.
Semoga buku ini membukakan persepsi baru kepada kita untuk terus istiqamah melakukan kebaikan dan amalan bagi meraih keredaan Allah s.w.t.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kepentingan istiqamah dalam melakukan amalan kecil
- Zikir, doa dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah
- Silaturahim, salam, senyuman dan adab pergaulan
- Memuliakan tetamu, menziarahi orang sakit dan mendoakan orang lain
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin membina rutin amalan harian
- Individu yang mahu meningkatkan istiqamah dalam beribadah
- Remaja dan dewasa yang sedang mendalami akhlak Islam
- Keluarga yang ingin mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian
Maklumat Buku
- Penulis: Fahrudin Ghozy
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674390884
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg