Al-Hidayah
Ringkasan Sahih Muslim Jilid 1
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Ringkasan Sahih Muslim Jilid 1
Keterangan Buku [Pada tanggal 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, di Lembah Uranah, Pergunungan Arafah, Rasulullah SAW telah menyampaikan sebuah khutbah. Khutbah ini juga dikenali sebagai khutbah yang terakhir. Memetik satu perkara yang disentuh oleh Baginda SAW di dalam khutbah itu berkenaan wasiat yang ditinggalkan.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan saksama dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang dengan teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. ltu adalah Al-Ouran dan Sunnahku…”Apa itu Sunnah Nabi SAW ? Sunnah adalah segala perbuatan, perkataan dan diam Baginda S.A.W. Sunnah merupakan rujukan terpenting untuk seluruh umat Islam dalam kehidupan seharian.Di dalam Ringkasan Sahih Muslim dirangkumkan hadis-hadis sahih yang telah diklasifikasikan mengikut bab-bab perbincangan. Jelas melalui klasifikasi ini, bahawa apa yang dibicarakan di dalam hadis-hadis Nabi SAW ini merangkumi semua perkara. Yang bermula dengan bab iman dan Islam, diikuti tentang taharah, ibadah, kekeluargaan, adab kehidupan, ekonomi, politik dan pemerintahan serta tentang sejarah dan ketokohan.Pembahagian bab dan klasifikasi ini dibuat bagi memudahkan para pembaca untuk membaca, memahami dan menghafalnya. Buku ini dipecahkan kepada dua jilid. Satu rujukan dan bacaan yang amat sesuai untuk dijadikan koleksi dan rujukan semua lapisan masyarakat.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Iman dan Islam
- Taharah serta ibadah
- Kekeluargaan dan adab kehidupan
- Ekonomi, politik dan pemerintahan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar dan penuntut ilmu agama
- Guru, ustaz dan pendakwah
- Pembaca yang ingin memahami hadis sahih
- Keluarga Muslim yang mahu mengamalkan sunnah
Maklumat Buku
- Penulis: Al-Hafiz Al-Munziri
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673681778
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg