• 6395
1

BesQ Publication

My Stupid Cupid Oleh Miss Elle

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis My Stupid Cupid Oleh Miss Elle

Kehidupan seharian Habil tidak seperti kebanyakan orang. Pelbagai kemelut perlu dilaluinya. Dia seringkali memaksa diri mengerah minda untuk mencari jawapan tentang kebenaran kisah hidupnya. Baginya Qabil, kembar yang terlalu disayangi sentiasa ada di sisinya. Keakraban mereka seperti isi dengan kuku. Di mana ada Habil, di situ juga ada Qabil.

Anehnya semua orang mendakwa Qabil sudah mati. Kematian yang tidak berkubur membuat Habil tidak pernah berhenti menjejak kembarnya itu. Tekadnya semakin bulat untuk membawa Qabil pulang ke pangkuan ibunya. Habil tahu yang ada di dalam hati ibunya adalah Qabil, Qabil dan Qabil, bukan dirinya. Keadaan itu membuat Habil selalu berjauh hati.

Keakraban Habil dan Qabil, sama akrabnya seperti Habil dan sungai. Tidak boleh dipisahkan. Dari tebing sungai juga munculnya Puteri. Puteri mendakwa Habil adalah kekasihnya sejak ratusan tahun lamanya. Dari sungai juga, datangnya Panglima Hitam makhluk besar berbulu hitam dan bermata merah biji saga.

Kedua-dua makhluk itu saling berebutkan Habil dengan tujuan masing-masing. Mereka mahu membawa Habil ke satu daerah yang tidak terlihat oleh pandangan manusia biasa. Minda dan semangat Habil cuba ditakluki oleh mereka. Panglima Hitam bertindak di atas arahan Dasim, makhluk seperti monyet besar. Puteri pula melakukan kehendaknya kerana terkeliru di antara Habil dan Qabil. Dia tidak dapat membezakan di antara keduanya.

Tanpa Habil menduga, rupa-rupanya dia telah pun beristeri. Habil tidak dapat menerima kenyataan yang mengejutkan itu. Hidupnya semakin tertekan. Asakan demi asakan Marshita dan gangguan Puteri serta Panglima Hitam, membuat Habil nekad membawa diri. Pergi jauh daripada keluarga. Dia pergi ke daerah yang begitu asing sekali.

Di situ dia bertemu kembali dengan Qabil. Pertemuan itu begitu menggembirakan Habil. Selama ini firasatnya tentang Qabil tidak pernah silap. Ternyata Qabil masih hidup. Kegembiraan itu tidak lama bila Qabil lebih memilih untuk menjadi seteru. Bukan lagi kembar yang dilahirkan daripada perut ibu yang sama. Tiada lagi rasa kasih Qabil terhadap Habil. Qabil lebih rela mengorbankan Habil demi memuaskan hati Dasim si monyet besar yang durjana.

Ketika ini Habil pula bertarung antara hidup dan mati. Apakah kesudahan kisah mereka?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Misteri kehilangan dan kematian kembar
  • Hubungan persaudaraan serta konflik antara Habil dan Qabil
  • Gangguan makhluk ghaib dan dunia tidak terlihat
  • Percintaan, perkahwinan dan kekeliruan identiti

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel seram dan paranormal
  • Peminat cerita misteri serta plot penuh tekateki
  • Pembaca yang menyukai kisah kembar dan konflik kekeluargaan
  • Peminat novel romantik dengan unsur supernatural

Maklumat Buku

  • Penulis: Miss Elle
  • Penerbit: BesQ Publication
  • ISBN: 9789672052296
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan