• 8283
1

Penulisan2u

Psiko Oleh Rosa Nur

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Psiko Oleh Rosa Nur

“Rayyan, kau rasa dia datang ke tak, ni?” soal Razman ke arah Rayyan.

Dia sudah gelisah kerana dirinya menjadi hurungan nyamuk-nyamuk yang dahagakan darah manusia. Apatah lagi, ketika itu petang semakin tua. Tidak lama lagi senja pasti tiba.

“Aku pasti dia akan datang. Dia kan dah lama gilakan Rayyan.” Hanna Hanani bersuara yakin. Baizura ketawa besar.

“Kenapa kau gelak macam tu, Bai?” soal Hanna Hanani.

“Kalau dia datang juga, memang betullah dia tu spesies perempuan yang tak sedar diri. Tak padan dengan tembamnya tu. Ada hati nak mengurat Rayyan!” Begitu sekali penghinaan yang terlontar dari mulut Baizura.

Hanna Hanani tergelak kecil.

“Agaknya dia tu jenis perempuan yang malas nak tengok cermin,” komen Hanna Hanani sambil mencebik.

“Kau orang berdua ni bercakap macam tak ada otak. Hei, dia pun manusia macam kita juga walaupun tembam macam tu. Manusia semuanya ada hati dan perasaan. Ada kehendak dan keinginan!” Razman menyampuk.

“Eh, lain macam aje kau ni, Man? Kau dah lupa ke yang selama ni, kau pun selalu kutuk-kutuk dia!” Baizura membidas. Matanya mencerlung ke arah Razman.

“Haah, betul, tu! Kau pun dua kali lima aje dengan kita orang.” Hanna Hanani tampil menyokong Baizura.a

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Penghinaan fizikal dan body shaming
  • Buli verbal serta ejekan dalam kalangan rakan
  • Prasangka terhadap penampilan seseorang
  • Harga diri, emosi dan keinginan untuk disayangi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel psikologi dan drama emosi
  • Remaja serta dewasa yang berminat dengan isu buli
  • Pembaca yang mengikuti kisah konflik persahabatan
  • Pembaca yang ingin memahami kesan penghinaan terhadap keyakinan diri

Maklumat Buku

  • Penulis: Rosa Nur
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789672102625
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan