• 9640
1

Idea Kreatif

Ammar Zahrain : The Obsessive Husband Oleh Nssignature

Regular price
RM 31.00
Sale price
RM 31.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ammar Zahrain : The Obsessive Husband Oleh Nssignature

Bunga terlarang yang tiba-tiba mencuri hatinya. Itu gambaran tepat tentang perasaan Ammar Zahrain terhadap Aisya. Dan kesempatan untuk tinggal di rumah keluarga wanita itu diambil sebaik mungkin.

“Awak cantik. Kalau tidak, tak adalah dari tadi lagi hati saya memuji.” – Ammar Zahrain

“Uncle dah kahwin ke?” – Aisya Zenia

“Saya duda, Aisy.” – Ammar Zahrain

Jarak umur dan hati Aisya yang sudah berpunya tidak menjadi penghalang buat Ammar. Dia mempunyai kelebihan kerana diterima baik oleh keluarga Aisya malah mendapat sokongan penuh daripada abah Aisya.

“Kenapa you pilih dia Aisya? Takkan hubungan kita yang dah hampir tiga tahun ni putus macam tu je?” – Fathi

“Maafkan Isya.” – Aisya Zenia

“That’s not an answer, Aisya!” – Fathi

“Lower down your tone, young man!” – Ammar Zahrain

Protective dan obsessive, itulah Ammar Zahrain. Dia tidak peduli siapa sahaja yang menyentuh Aisya akan berdepan dengannya. Walaupun selepas mengetahui bahawa Fathi ialah anak tiri kepada sahabat baiknya sendiri, keinginannya tetap sama. Aisya harus menjadi miliknya.

“Kenapa kekasih anak tiri Lodovico juga yang kau ambil? Kau pun tahu kan yang Lodovico tu berbahaya?” – Joef

Sejauh mana Ammar mampu mempertahankan Aisya sebagai isterinya? Dan mengapa Aisya memilih untuk menerima Ammar sedangkan hatinya masih milik Fathi?

“Love me hard and I will show you what heaven feels like.” – Ammar Zahrain

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta terlarang dan perbezaan umur antara Ammar dengan Aisya
  • Sikap obsesif, posesif dan perlindungan melampau dalam hubungan
  • Cinta tiga segi antara Aisya, Ammar dan Fathi
  • Perkahwinan serta konflik hati selepas memilih pasangan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik dewasa
  • Peminat kisah cinta tiga segi dan konflik hati
  • Pembaca yang menyukai watak lelaki dominan, protective dan posesif
  • Peminat tema perkahwinan, duda dan perbezaan umur

Maklumat Buku

  • Penulis: Nssignature
  • Penerbit: Idea Kreatif
  • ISBN: BBO-6572
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan