Karyaseni
My Sewel Guy
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis My Sewel Guy
Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan⦠Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil.
āAwak sengaja nak kacau saya ke?ā - Nur Dahlia
āAku ada kacau kau ke? Aku rasa⦠Aku tak ada sentuh kau langsung.ā ā Nasri Haikal
āBukan kacau yang ituā¦ā - Nur Dahlia
āHabis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?ā - Nasri Haikal
Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya.
āBaru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?ā - Nur Dahlia
āOkeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?ā - Nasri Haikal
āLetak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.ā - Nur Dahlia
āItu kan telefon aku.ā - Nasri Haikal
Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat,Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.
āKalau kau buka mata kau besar-besar, kau tentu nampak ada lelaki yang nak kahwin dengan kau.ā - Nasri Haikal
āDah⦠Dah buka besar-besar ni. Dekat mana lelaki tu? Dekat dalam kereta depan tu ke?ā - Nur Dahlia
āNi⦠Lelaki tu dekat sini.ā - Nasri Haikal
āMana? Awak ke?ā - Nur Dahlia
Perlukah dia meletakkan cintanya kepada seorang lelaki sewel sekali gus menolak Ridzwan yang pernah berada dalam hati kecilnya? Setiap masa dan perbuatan Nasri Haikal⦠Takkan tidak pernah mencuit hatinya? Akan bahagiakah Dahlia jika menerima lelaki sewel idalam hidupnya?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Hubungan cinta yang bermula daripada salah faham dan persepsi negatif
- Cinta tiga segi antara Nur Dahlia, Nasri Haikal dan Ridzwan
- Dinamik hubungan antara pembantu dan individu yang memerlukan sokongan
- Proses mengenali keikhlasan, perhatian dan perasaan sebenar seseorang
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menyukai novel romantik komedi Melayu
- Pembaca yang gemar watak lelaki pelik, spontan dan mencuit hati
- Peminat kisah cinta yang berkembang daripada persahabatan atau kerjasama
- Pembaca yang menyukai tema cinta tiga segi dan dilema memilih pasangan
Maklumat Buku
- Penulis: Aimy Haniya
- Penerbit: Karyaseni
- ISBN: 9789670890692
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg