• 7941
1

Al-Hidayah

Terjemahan Hikam Jawi

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Terjemahan Hikam Jawi

Al-Hikam merupakan sebuah karya ulama terkenal iaitu Syeikh Ibnu ‘Athoillah rahimahullah. Kitab ini membicarakan berkenaan Ilmu Tasawuf yang menerangkan hikmah-hikmah bagi menyucikan diri dan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menerapkan kebergantungan hanya kepada Allah Ta’ala semata-mata.

Terjemahan Al-Hikam Jawi merupakan transliterasi daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa sebarang pindaan terhadap struktur ayat dan gaya bahasa bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian. Kitab asal ialah dalam tulisan jawi berjudul Hikam Jawi merupakan syarah bagi kitab Al-Hikam Ibnu ‘Athoillah yang disyarahkan oleh ulama tersohor Tanah Melayu iaitu Tokku Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah.

Semoga dengan kehadiran buku ini dalam tulisan rumi akan lebih memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu mencedok dan menggali permata-permata yang bernilai daripada kalam hikmah dua ulama besar ini, sekaligus mendatangkan manfaat yang besar dalam melahirkan masyarakat yang penuh hikmah dan berserah diri semata-mata kepada Allah Rabbul Jalil.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Ilmu tasawuf dan hikmah kerohanian
  • Penyucian hati dan jiwa daripada sifat mazmumah
  • Kebergantungan dan penyerahan diri kepada Allah
  • Syarah AlHikam Ibnu ‘Athoillah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Penuntut ilmu agama dan pengajian Islam
  • Pembaca yang ingin mendalami ilmu tasawuf
  • Individu yang sedang berusaha menyucikan hati dan memperbaiki akhlak
  • Pengikut kuliah atau pengajian AlHikam

Maklumat Buku

  • Penulis: Imam Tajuddin Bin
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673683123
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan