• 2420
1

Kemilau Publika

Tafsir Al-Quran : Surah-Surah Pilihan

Regular price
RM 17.00
Sale price
RM 17.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tafsir Al-Quran : Surah-Surah Pilihan

Kupasan tafsir Al-Quran ini amatlah penting untuk kita fahami erti dan susunannya dalam 6,000 lebih patah perkataannya ini. Para alim dan ulama’ handalan amatlah mengambil-berat tentang segala-galanya mengenai Al-Quran. Segenap segi membawa maksud yang penting.

Di dalam agama lain, seperti Kristian misalnya, tiada seorang pun antara paderi mereka yang mengambil tahu segenap pembilangan di dalam Kitab Injil serta juzuk-juzuk yang terkandung di dalamnya. Tetapi, dalam Islam semua usaha dijanjikan ganjaran pahala disisi Allah SWT. Maka para ulama’ serta ilmuan Islam mengambil kira malah memberatkan pemahaman tafsir dan makna dalam hal-hal yang tersebut.

Tok Guru cuba menerangkan kepada kita jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia.

Walaupun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pengajaran bagi kehidupan kita masakini. Tok Guru mengaitkan dengan contoh-contoh setempat dan sesuai dengan masyarakat negara ini.

Wajarlah buku ini miliki oleh kita semua seperti belajar terus dari Tok Guru. Mudah-mudahan ada manfaat.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Tafsiran dan pemahaman makna surahsurah pilihan dalam AlQuran
  • Jalan kebahagiaan, kesejahteraan serta faktor kebinasaan manusia
  • Hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial
  • Hukum, akhlak serta adat istiadat menurut panduan Islam

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar dan penuntut ilmu agama
  • Pembaca yang ingin memahami tafsir AlQuran secara mudah
  • Guru, pendakwah dan pengajian masjid
  • Individu yang mahu memperbaiki akhlak dan kehidupan beragama

Maklumat Buku

  • Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Penerbit: Kemilau Publika
  • ISBN: 9789673610419
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan