• 9236
1

Al-Hidayah

Sollu Alan Nabi

Regular price
RM 39.00
Sale price
RM 39.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sollu Alan Nabi

Kehidupan harian bermula dari bangun tidur sehingga tidur, begitu terperinci sekali contoh cara hidup yang ditunjukkan oleh seorang insan yang agung lagi dimuliakan iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah contoh atau model yang paling sempurna untuk disanjung, dicontohi dan diteladani. Bagaimana Baginda SAW menjalani kehidupan seharian, berhubung dengan Sang Khaliq, keluarga, sahabat, orang asing dan juga musuh. Semua ini telah ditunjukkan dengan penuh hikmah dan nilai akhlak yang mulia.

Maka kenapa perlu lagi bersusah-susah untuk mencari idola pujaan yang lain? Selayaknya dan sepatutnya Baginda SAW adalah idola atau contoh utama bagi setiap umat Islam. Inilah yang sepatutnya diterapkan ke dalam jiwa setiap Muslim di zaman yang penuh dugaan dan cabaran ini. Bagaimana cara Rasulullah membangunkan sebuah masyarakat yang begitu kukuh melalui pembinaan institusi keluarga yang cemerlang. Sebuah masyarakat dan negara yang terbaik sehingga dikagumi oleh musuh-musuhnya. Malah dikagumi sehingga kini sama ada oleh umat Islam mahupun bukan Islam. Apa yang dihidangkan di dalam buku ini merupakan di antara cara hidup Nabi Muhammad SAW yang boleh kita ambil contoh teladan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Amalan dan rutin harian Rasulullah SAW dari bangun tidur hingga tidur
  • Hubungan Rasulullah SAW dengan Allah SWT melalui ibadah dan doa
  • Akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarga, sahabat, orang asing dan musuh
  • Teladan Rasulullah SAW dalam membina keluarga yang cemerlang

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Umat Islam yang ingin mencontohi kehidupan Rasulullah SAW
  • Individu yang mahu mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian
  • Ibu bapa yang ingin membentuk akhlak dan nilai Islam dalam keluarga
  • Pelajar, remaja dan belia yang mencari idola Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Muhammad Abdul Aziz Al-Khuly
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674393243
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 8 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan