• 7380
1

Al-Hidayah

Ringkasan Sahih Bukhari Jilid 2

Regular price
RM 70.00
Sale price
RM 70.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ringkasan Sahih Bukhari Jilid 2

Imam Bukhari atau Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin AI-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari adalah salah seorang ahli hadis yang termasyhur sejak dahulu lagi. Kitab-kitab fiqh dan hadis hasil pengumpulan dan penapisannya memiliki darjat atau tahap kualiti yang tinggi. Semuanya ini adalah kerana disiplin pengumpulan dan penapisan hadisnya adalah begitu ketat dan sistematik, demi untuk memastikan kesahihan hadis yang diriwayatkan.

Oleh sebab itu, sebahagian ilmuan lain menggelarkannya sebagai Amirul Mukminin fil Hadis (Pemimpin kaum Mukmin dalam perkara Ilmu Hadis). Kitab-kitab hasil tulisan merupakan khazanah yang sangat berharga kepada dunia Islam hingga sekarang ini. la menjadi rujukan dan bacaan oleh umat Islam di seluruh dunia. Malah is telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Kitab Sahih Bukhari merupakan salah satu daripadanya. Kitab ini merupakan rujukan utama dalam membahaskan permasalahan fiqh, ibadah dan banyak lagi isu lain.

Kitab ini telah diringkaskan oleh Imam Az-Zabidi atau Imam Zainuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Latif bin Abu Bakr al-Sharji Az-Zabidi al-Yamani. Beliau telah memilih dan menyusun semula kumpulan hadis yang terdapat di dalam Sahih Bukhari dan dikategorikan berdasarkan tema-temanya. Selain itu saringan semula dilakukan bagi hadis-hadis yang berulang dan hanya mengambil hadis yang mempunyai sanad yang muttasil (rangkaian riwayatnya bersambung dan tidak putus) kemudian dikiasifikasikan ke bab-bab yang berkenaan untuk memastikan tiada pengulangan.

Metodologi dan disiplin ilmu para ilmuan dan cendekiawan terdahulu dalam bidang ilmu telah memberikan sinar berpanjangan kepada dunia ilmu pengetahuan. Di mana is boleh dinikmati oleh umat Islam sehingga sekarang. Ini memberikan sebuah alasan terbaik untuk kita memiliki koleksi buku ilmiah ini yang boleh dijadikan bacaan dan rujukan setiap masa.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hadishadis sahih dalam Sahih Bukhari
  • Metodologi pengumpulan dan penapisan hadis
  • Ilmu sanad dan sanad muttasil
  • Panduan fiqh dan ibadah berdasarkan hadis

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar dan penuntut ilmu hadis
  • Pelajar bidang pengajian Islam dan syariah
  • Guru agama, pendakwah dan penceramah
  • Penyelidik yang mengkaji hadis dan fiqh

Maklumat Buku

  • Penulis: Imam Az-Zabidi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681952
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan