• 6154
1

Must Read

Ensiklopedia Al-Quran (Edisi Jimat)

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ensiklopedia Al-Quran (Edisi Jimat)

Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab Agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman. Sebuah wahyu yang mula diturunkan di Gua Hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.

Namun kebesaran wahyu Allah SWT ini, ia dapat berkembang dari sebuah kota ke sebuah negara dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia dan bertahan lebih 1400 tahun. Tintanya hanya dakwat dari cairan warna-warni. Lembarannya hanya kertas daripada tumbuh-tumbuhan kenaf yang melata di bumi. Ia adalah nur petunjuk jalan bagi insan yang punya mata hati. Teksnya adalah wahyu yang boleh diterima oleh insan pilihan dan suci (Nabi dan Rasul). Wahyu yang merupakan himpunan firman Allah SWT, Tuhan yang esa. Dialah Tuhan langit dan bumi. Apakah yang lebih tinggi dan suci daripada semua itu?

Siapa yang perlu memiliki buku ini

Buku Rnsiklopedia Al Quran ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al-Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya. 'Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab samawi yang lain. 150 fakta bergambar tentang Al-Quran dan banyak lagi.

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah SWT (Al-Quran) dan sunah Rasul"

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Sejarah penurunan dan perkembangan AlQuran
  • Proses penyampaian wahyu kepada Rasulullah SAW
  • Kelebihan dan keistimewaan AlQuran
  • Sejarah penting serta pemeliharaan AlQuran

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar sekolah dan institusi pengajian Islam
  • Individu yang ingin memahami sejarah AlQuran
  • Ibu bapa yang mencari bahan pendidikan Islam bergambar
  • Guru Pendidikan Islam dan pengajian AlQuran

Maklumat Buku

  • Penulis: insan pilihan dan suci
  • Penerbit: Must Read
  • ISBN: 9789670392059
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan