• 9023
1

Al-Hidayah

Menjadi Manusia Paling Produktif

Regular price
RM 16.00
Sale price
RM 16.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Menjadi Manusia Paling Produktif

Islam sangat menggalakkan kita untuk bekerja. Pekerjaan manusia adalah tugasan akal dan fizikal. apabila manusia tidak bekerja maka mereka tidak dapat memenuhi tugas hidupnya.

Manusia mesti menggunakan akalnya untuk berfikir dan menjadikan pemikiran itu sebagai pedoman dalam kehidupan. sehingga tidak dapat dikalahkan oleh hawa nafsu mereka sendiri. Pemikiran yang negative dapat mengakibatkan kerugian bagi dirinya dan orang lain. Bekerja merupakan tugas manusia dalam hidup, namun pada kenyataannya manusia tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya, bahkan ramai yang menjadikan pekerjaan setakat sebagai kegemaran sahaja.

Pekerjaan merupakan cara untuk memperoleh rezeki dan sumber penghidupan yang layak. Dapat juga dikatakan, bahawa bekerja adalah satu kewajipan dalam kehidupan. Manusia hidup memiliki tujuan. Mereka hidup bukan setakat untuk boleh hidup sahaja dan bukan pula setakat boleh menjaga maruah diri mereka. Tujuan hidup manusia adalah untuk perjuangan dan perlawanan. Perjuangan di jalan kebenaran dan perlawanan terhadap apa-apa yang dapat melemahkan kebenaran dan memperkuat kebatilan. Misi kebenaran adalah misi kebaikan, misi perkongsian yang bernilai dalam kehidupan dan juga misi kasih sayang sesama manusia. Jadi melaksanakan misi ini merupakan usaha untuk mencapai tujuan manusia dalam hidupnya.

Islam menjadikan bekerja adalah sebagai hak dan kewajipan individu. Rasulullah s.a.w. menggalakkan agar kita bekerja dengan sebaik-baiknya. Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita berlaku adil dalam menentukan gaji pekerja dan diberikan tepat pada masanya. Landasan utama yang diletakkan Islam dalam mengatur perolehan penghidupan manusia adalah dengan bekerja secara maksimum.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kepentingan bekerja sebagai tanggungjawab dan kewajipan dalam Islam
  • Penggunaan akal untuk mengawal hawa nafsu serta pemikiran negatif
  • Prinsip bekerja secara maksimum, bersungguhsungguh dan berkesan
  • Tujuan hidup, perjuangan di jalan kebenaran dan misi kemanusiaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Individu yang ingin meningkatkan produktiviti dan disiplin diri
  • Pelajar yang mahu membina sikap rajin, fokus dan bertanggungjawab
  • Golongan profesional yang ingin menghayati nilai Islam dalam pekerjaan
  • Usahawan dan pemimpin yang mementingkan etika serta keadilan kerja

Maklumat Buku

  • Penulis: Dr. Sayyid Abdul Hamid Mursi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675274176
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan