Ana Muslim
Lenglui, Siapa Nama?
- Regular price
- RM 10.90
- Sale price
- RM 10.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Lenglui, Siapa Nama?
Siri Novel Ana Muslim - LENGLUI, SIAPA NAMA?
“Aunty Salmah, saya mau tapau itu asam pedas sama sambal belacan. Sambal mau lebih tau!” ujar Ai Li.
“Leng Lui... Siapa nama you haa? Orang Cina pun makan pedas ke?” soal Siti Katijah hairan.
“Wo shi Ai Li lor... Hey, orang Cina pun makan pedas maa!” jawab Ai Li sambil mengenyitkan mata.
Menjadi satu-satunya pelajar Cina antara kelompok pelajar Melayu, kadang kala boleh membuatkan seseorang itu berasa ganjil. Diri terasa seakan ‘alien’ dari planet Pluto yang singgah ke bumi! Itulah yang dirasakan Ai Li saban hari. Mujur ada Siti Katijah, ‘BFF forever’ buatnya! Umpama kangkung dan fishball yang menyempurnakan hidangan Yong Tau Fu, serasi dan saling melengkapi... Begitulah mereka diibaratkan. Dan keserasian itu telah membuatkan Ai Li hampir terlupa bahawa mereka sebenarnya rakan berlainan bangsa! Namun, dalam sekelip mata Ai Li berubah sikap. ‘Kehilangannya’ sejurus selepas loceng terakhir waktu persekolahan juga telah mengundang pelbagai tanda tanya.
Apakah yang terjadi?
Mampukah Ai Li menjadi Leng Lui seperti dahulu?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Persahabatan antara rakan berlainan bangsa
- Perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk
- Identiti diri serta keyakinan diri
- Kehidupan dan persahabatan di sekolah
Buku Ini Sesuai Untuk
- Murid sekolah rendah tahap dua
- Pelajar sekolah menengah rendah
- Pembaca yang gemar novel persahabatan
- Pembaca yang berminat dengan tema perpaduan kaum
Maklumat Buku
- Penulis: -
- Penerbit: Ana Muslim
- ISBN: 9789674492298
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg