• 7473
1

Al-Hidayah

Tip Berniaga Nabi Muhammad SAW Untuk Para Usahawan Masa Kini

Regular price
RM 11.00
Sale price
RM 11.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tip Berniaga Nabi Muhammad SAW Untuk Para Usahawan Masa Kini

Apabila kita rujuk semula sirah dan riwayat hidup Rasulullah S.A.W, dalam bab pengurusan baginda tidak melakukan suatu perkara dan keputusan secara melulu. Semua disusun secara teratur dan berhemah. Begitu juga dalam urusan perniagaan.

Seperti yang kita ketahui Nabi S.A.W. juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Baginda S.A.W. memberikan contoh cara berniaga yang terbaik sehingga menghasilkan keuntungan yang besar dan halal. Bagaimanakah cara Rasulullah S.A.W. berniaga sehingga mampu menghasilkan pulangan yang menguntungkan dan halal? Apakah tip-tip utama yang baginda S.A.W. pegang?

Temui jawapannya di dalam buku ini. Penjelasannya dikupas dengan tajam dan padat tentang kepelbagaian strategi perdagangan dan bisnes Rasulullah S.A.W. Semua ini dipaparkan secara padat di dalam buku ini.

Sebagai nilai tambah, buku ini juga dilengkapi dengan tip-tip yang berguna untuk pengusaha dalam perkara-perkara yang perlu dijauhi semasa menjalankan urusan perniagaan. Ingin menjadi pengusaha yang berjaya jadikan buku ini salah satu panduannya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Prinsip dan etika perniagaan Rasulullah SAW
  • Strategi perdagangan dan pengurusan perniagaan
  • Membina perniagaan yang jujur, berhemah dan dipercayai
  • Menjana keuntungan yang halal dan berkat

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Usahawan Muslim dan pemilik perniagaan kecil
  • Bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan berlandaskan Islam
  • Peniaga yang mahu memperbaiki strategi dan pengurusan bisnes
  • Pelajar bidang perniagaan, keusahawanan dan pengurusan

Maklumat Buku

  • Penulis: -
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390792
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan