• 6003
1

Tarbiah Sentap

Hikayat Bernikah Tanpa Couple (Jilid 2)

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Hikayat Bernikah Tanpa Couple (Jilid 2)

Semasa bujang, RM 5 sudah cukup. Setelah nikah, mana cukup untuk dua orang. Pernikahan maksudnya, kita kena buat RM 5 jadi cukup untuk 2 orang. Kalau ada duit 10 juta pun, kalau cara fikir dan perangai tak ubah, makan seorang pun tak cukup. Tahun-tahun pertama pernikahan ada cabaran-cabarannya besar tersendiri. Mendepani isu keluarga, komunikasi sesama pasangan, masalah kewangan, boleh bikin kepala pening. Pasal anak pun boleh jadi ujian terbesar.

“Hikayat Bernikah Tanpa Couple Jilid 2” Membawa kisah insan kerdil yang sedar dirinya punya kesukaran, tetapi tetap berjiwa besar. Tidak mahu sekadar menikahi orang dicintai, tetapi terus mencintai orang dinikahi. Buku ini mengajak kita belajar hidup dalam realiti – Kerana cinta itu bukan terjatuh, tetapi terbina. Kerana bahagia itu bukan menerima, tetapi memberi. Kerana bernikah itu bukan semata nafsu, tetapi manifestasi wahyu.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cabaran kehidupan pada tahuntahun pertama perkahwinan
  • Komunikasi dan persefahaman antara suami isteri
  • Pengurusan kewangan rumah tangga secara matang
  • Menghadapi campur tangan dan isu keluarga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Bakal pengantin yang ingin memahami realiti kehidupan selepas bernikah
  • Pasangan suami isteri yang sedang melalui fasa awal perkahwinan
  • Individu yang ingin memperbaiki komunikasi dan hubungan dengan pasangan
  • Pembaca yang menghadapi cabaran kewangan atau isu keluarga dalam rumah tangga

Maklumat Buku

  • Penulis: Dr Syahr Musafir
  • Penerbit: Tarbiah Sentap
  • ISBN: 9789672118046
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan