• 5333
1

Karya Bestari

Saya Bukan Ustaz, Tapi Baru Nak Start

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Saya Bukan Ustaz, Tapi Baru Nak Start

Teruskan berkata baik, berbuat baik dan menjadi orang yang baik. Supaya mati nanti, orang akan sebut yang baik-baik sahaja tentang kita.

Dakwah adalah jalan hidup seorang muslim. Apa jua pekerjaan, apa jua jawatan, tugas dalam berdakwah tidak boleh ditinggalkan.

Penerbitan buku SAYA BUKAN USTAZ, TAPI BARU NAK START adalah salah satu langkah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat umum di luar.

Buku ini merupakan kompilasi ceramah Ustaz Syamsul Debat di dalam Televisyen, Youtube dan juga CD. Sepertimana gayanya menyampaikan dakwah di hadapan khalayak, begitu jugalah gaya penulisannya di dalam buku. Santai, mudah difahami dan mempunyai unsur-unsur humor. Walaupun begitu, ia sarat dengan nasihat dan pengajaran.

Antara isu utama yang di dikupas adalah isu kekeluargaan, perkahwinan, gaya hidup serta pekerjaan.

Walaupun buku ini hanyalah sekadar buku motivasi agama yang mana hanya menyampaikan Ilmu-ilmu yang ‘basic’, apa yang lebih penting masyarakat diluar mudah untuk mereka hadam dan secara tidak langsung ia menanam minat dan melorongkan mereka kepada kebaikan.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Dakwah sebagai tanggungjawab dan gaya hidup seorang Muslim
  • Pembentukan akhlak mulia melalui berkata dan berbuat baik
  • Kekeluargaan dan keharmonian rumah tangga
  • Persediaan perkahwinan serta kehidupan berpasangan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca umum yang ingin mendalami asas agama secara santai
  • Individu yang baru berjinakjinak dengan ilmu dan motivasi Islam
  • Pasangan atau bakal pengantin yang ingin memperkukuh kehidupan berkeluarga
  • Golongan bekerja yang mahu menerapkan nilai Islam dalam kerjaya

Maklumat Buku

  • Penulis: Syamsul Debat
  • Penerbit: Karya Bestari
  • ISBN: BBO-3989
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan