Al-Hidayah
Siri Ensiklopedia Alam Akhirat Misteri Indahnya Syurga
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Siri Ensiklopedia Alam Akhirat Misteri Indahnya Syurga
Dunia ini hanya sementara. Segala kenikmatan dan keseronokan yang terdapat di dunia ini juga amat sementara dan sebentar sifatnya. Ia hanya sekadar tempat persinggahan sementara untuk mengumpulkan secukupnya bekalan bagi kehidupan yang lebih abadi. Bekalan yang dimaksudkan di sini adalah amal kebaikan yang akan diberikan ganjaran sebaik-baiknya di akhirat nanti.
Bagaimana indahnya syurga adalah suatu yang sukar diterjemahkan dengan perkataan apatah lagi untuk dibayangkan dengan imaginasi manusia. Namun sedikit sebanyak dihuraikan di dalam Al-Qur’an dan Hadis Nabi S.A.W. Tujuannya tidak lain tidak bukan bagi menyuntik semangat dan menfokuskan matlamat kehidupan kita menuju kepada kejayaan dan kebahagiaan di akhirat kelak. Juga agar kita sentiasa sedar tujuan hidup kita sebenarnya adalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Dalam kehidupan yang semakin padat dan sibuk ini. Dihimpit lagi dengan bebanan tugasan dan tanggungjawab harian, kita kadangkala terleka bahawa sebenar ke mana arah tuju kehidupan kita. Yang mana kita perlu dahulukan dan utamakan bahagia di sini atau di sana. Maka di dalam buku ini menghuraikan tentang betapa Indahnya Syurga itu. Dibahagikan kepada beberapa bab perbicaraan seperti sifat penghuni syurga, mereka yang dijanjikan syurga, pemimpin di syurga, sifat-sifat syurga, nikmat-nikmat syurga, bidadari syurga dan siapakah yang layak untuk menghuni syurga.
Semoga dengan kehadiran naskhah ini akan mampu mencetus semangat dan motivasi kita untuk mencapai syurga yang menjadi idaman setiap manusia ini. Dan amat rugilah mereka yang mengetahui pengkhabaran tentang indahnya syurga dan bagaimana untuk mencapainya tetapi melepaskannya begitu sahaja.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Gambaran keindahan dan sifatsifat syurga berdasarkan alQuran dan hadis
- Sifatsifat serta ciriciri penghuni syurga
- Golongan yang dijanjikan dan layak memasuki syurga
- Pemimpin, nikmat dan bidadari di syurga
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca Muslim yang ingin mendalami gambaran tentang syurga
- Individu yang mahu meningkatkan motivasi untuk beribadah
- Remaja dan pelajar yang mempelajari ilmu akhirat
- Ibu bapa serta pendidik yang mencari bahan kerohanian
Maklumat Buku
- Penulis: -
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673681563
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg