Al-Hidayah
Taubat Kalau Tidak Nanti Masuk Api Neraka
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Taubat Kalau Tidak Nanti Masuk Api Neraka
“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Al-‘Asr: 1-3)
Memetik intipati yang dijelaskan di dalam Surah Al-‘Asr itu, jelaskan menyatakan bahawa manusia ini sentiasa dalam keadaan yang rugi. Kecuali mereka yang dijelaskan kriterianya, iaitu beriman, mengerjakan amal soleh, saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Taubat merupakan salah satu amal soleh dan ibadat. Maka amat rugilah mereka yang melalaikan taubat mereka. Apatah lagi sekiranya ada dalam kalangan orang yang melanggar perintah Allah ini tidak sempat bertaubat dan maut terlebih dahulu menjemputnya.
Maka apa yang kita tunggu-tunggu lagi bersegeralah menadah tangan memohon keampunan dan belas kasih Allah Yang Maha Pengampun, itu akan tiba. Semoga Allah akan sentiasa menerima taubat kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kepentingan bertaubat kepada Allah
- Kerugian manusia yang melalaikan taubat
- Hubungan iman, amal soleh dan taubat
- Keinsafan terhadap dosa dan kematian
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang ingin mendekatkan diri kepada Allah
- Pembaca yang ingin memahami kepentingan taubat
- Mereka yang sedang berusaha meninggalkan dosa dan maksiat
- Golongan yang mencari motivasi kerohanian Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Muhammad Nabil Dhaif
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674392956
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg