Al-Hidayah
Tanaman Makanan Ubatan Di Sekeliling Anda
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Tanaman Makanan Ubatan Di Sekeliling Anda
Menanam tanaman makanan seperti sayur-sayuran di sekeliling rumah adalah mudah, praktikal dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita. la bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan malah tanaman ini juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan untuk persekitaran rumah kita.
Terdapat pelbagai jenis tanaman makanan yang boleh ditanam bersesuaian dengan cuaca negara kita. Selain daripada menjadi bahan makanan atau campuran dalam masakan, tanaman ini juga boleh dijadikan sebagai ubat atau ramuan dalam perubatan. Penggunaannya sebagai ubat atau bahan dalam perubatan adalah lebih murah dan selamat. Namun begitu, ramai di antara kita yang masih belum mengetahui berkenaan apa yang mereka makan dan gunakan setiap hari mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan tubuh badan.
Sebelum ini, pengetahuan berkenaan penggunaan tumbuhan makanan sebagai ubat hanyalah diwariskan secara lisan iaitu dari mulut ke mulut yang juga dikenali sebagai petua. Buku ini merupakan himpunan petua dan pengetahuan tentang kegunaan serta khasiat yang terdapat dalam tumbuhan makanan.
Semoga ilmu yang diketengahkan oleh penulis dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Penanaman sayursayuran dan tanaman makanan di sekeliling rumah
- Pemilihan tanaman yang sesuai dengan cuaca di Malaysia
- Penggunaan tanaman makanan sebagai bahan masakan dan tanaman hiasan
- Khasiat tumbuhan makanan untuk kesihatan tubuh badan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang berminat menanam sayursayuran di rumah
- Penggemar tanaman herba dan tumbuhan ubatan
- Pembaca yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat secara semula jadi
- Pekebun kecil dan penghobi berkebun
Maklumat Buku
- Penulis: penulis dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789832672883
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg