• 7677
1

Al-Hidayah

Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan

Regular price
RM 12.00
Sale price
RM 12.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan

Betapa sebuah dunia ini akan pincang tanpa hadirnya sosok seorang ibu. Dialah ibu, dia jugalah guru, malah dialah yang dengan penuh kasih sayang mengusap manja anaknya menenangkan jiwa dan perasaan. Pelukan keibuannya menawar sejuta keresahan. Dia jugalah seorang chef yang menyediakan masakan paling enak clan berperisa perasaan kasih sayang seorang ibu. Apabila si anak menangis kesakitan dialah doktornya, secara semulajadi memberikan preskripsi penyembuhan mujarab yang penuh dengan kecintaan. Dan dia jugalah seorang penghibur yang hebat mengalukan bait-bait cinta kasih yang membuaikan sehingga anaknya teriena diulit mimpi-mimpi indah. Bagiku tiada adiwira yang sehebat seorang ibu.

Adakah kita sedari betapa besarnya pergorbanan seorang ibu? Saat mengandung anaknya menanggung pelbagai dugaan, apatah lagi saat melahirkan kita. Si anaknya umpama raja atau ratu, memberi perintah dan meminta sahaja, apa yang diinginkan si anak pasti akan diusaha semampunya oleh si ibu. Ketika makannya akan ingatkan si anaknya, bahagian yang paling enak akan ditinggalkan untuk si anak. Ketika tidurnya juga akan ingatkan si anaknya, kalau boleh tiada seekor nyamuk pun boleh menyentuh anaknya. Dan hanya mimpi indah yang akan menghiasi tidur anaknya.

Adakah kita sebagai anak berfikiran sebegitu terhadap ibu kita? Itulah hebatnya karamah seorang insan bernama ibu. Sayangilah dan kasihilah kedua ibu bapa kita.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu
  • Karamah serta keistimewaan ibu dalam kehidupan anak
  • Kesusahan ibu ketika mengandung dan melahirkan
  • Tanggungjawab anak menghargai dan menyayangi ibu bapa

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Anakanak dan remaja yang ingin memahami pengorbanan ibu
  • Ibu bapa yang mencari bahan bacaan kekeluargaan
  • Pembaca yang meminati buku motivasi dan kerohanian
  • Guru serta pendidik untuk bahan pengajaran akhlak

Maklumat Buku

  • Penulis: Sulaiman Shaqir
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465982
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan