Al-Hidayah
Ibu Itu Sungguh Ajaib
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Ibu Itu Sungguh Ajaib
ika ditanya siapakah insan yang kuat, paling luar biasa dan paling istimewa di dunia ini, pasti jawapannya adalah ibu. Memang sangat tepat jika seorang ibu dikatakan sebagai seorang insan yang amat luar biasa dan istimewa. Walaupun fizikalnya yang santun dan lemah lembut, tetapi di sebalik semua itu tersimpan kekuatan dan ketabahan luar biasa yang tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki (ayah).
Lihatlah Siti Hajar, seorang ibu luar biasa yang ditinggalkan sendirian hanya ditemani oleh bayi yang masih kecil iaitu Nabi Ismail. Bayangkanlah di bawah panas teriknya matahari dan ganasnya haba padang pasir Arab, dia perlu meneruskan kehidupan, membesarkan dan memelihara anaknya sendirian.
Bayangkan juga Ummul Mukminin Siti Khatijah. Menjalankan tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anaknya dan juga menemani si suami (Nabi Muhammad S.A.W) dalam perjuangan dakwah Islam. Dia juga berhadapan dengan tentangan dan tekanan daripada orang kafir Quraisy.
Buku cuba mengungkap sudut-sudut luar biasa daripada seorang insan yang bernama ibu. Selain Siti Hajar dan Siti Khatijah, contoh ibu-ibu hebat lain adalah Siti Aisyah ibu dan isteri yang cerdas, Al-Khansa ibu para syuhada, Siti Asiyah isteri Firaun, Siti Mariam dan lain-lain.
Selain kisah-kisah luar biasa tentang kehebatan ibu, buku ini juga mampu membuat anda sedar akan ribuan peranan, tanggungjawab dan kedudukan penting seorang ibu bagi seorang anak. Sehinggakan adalah wajar bila ibu begitu agung di sisi Allah.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kehebatan dan pengorbanan seorang ibu
- Kisah teladan Siti Hajar dan Nabi Ismail
- Ketabahan Siti Khadijah dalam keluarga dan dakwah Islam
- Tokoh wanita solehah seperti Siti Aisyah, AlKhansa, Siti Asiyah dan Siti Maryam
Buku Ini Sesuai Untuk
- Ibu dan bakal ibu yang ingin mendapatkan inspirasi
- Pembaca yang meminati kisah wanita solehah dalam Islam
- Anakanak yang ingin memahami pengorbanan dan jasa ibu
- Pelajar yang mengkaji sirah serta tokoh wanita Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Bilif Abduh
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789670267807
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg