• 8649
1

Al-Hidayah

100 Tawa Rasulullah SAW

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis 100 Tawa Rasulullah SAW

Ketawa atau senyum merupakan suatu amalan yang menyihatkan sekiranya tidak berlebih-lebihan atau keterlaluan. la juga merupakan cermin diri atau gambaran kepada seseorang itu. Dengan tawa dan senyuman mampu membuatkan orang yang berada di samping kita mendapat aura kebahagiaan. Ia juga mampu mengusir kesedihan dan kegusaran yang cuba menguasai hati. Hidup akan lebih sihat dan bahagia dengan tawa dan senyuman. Dunia juga akan lebih ceria dengan wajah-wajah yang bahagia dan gembira.

Semoga buku menambahkan kesempurnaan tawa dan senyuman anda. Rasulullah juga sentiasa tersenyum dan meluahkan kegembiraannya dengan tawanya. Ceriakan hidupmu, Insya Allah kegelisahan dan kesedihan akan malu untuk mengetuk pintu hatimu.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Senyuman dan tawa Rasulullah SAW
  • Adab bergembira dalam Islam
  • Kepentingan senyuman dalam kehidupan
  • Mengusir kesedihan dan kegusaran melalui sikap positif

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin mencontohi akhlak Rasulullah SAW
  • Individu yang ingin membina sikap positif dan ceria
  • Ibu bapa yang mencari bahan pendidikan akhlak untuk keluarga
  • Pelajar dan remaja yang berminat mempelajari sunnah Nabi

Maklumat Buku

  • Penulis: Abu Islam Ahmad bin Ali
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465098
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 5 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan