Al-Hidayah
Apa Kata Islam Tentang Wanita, Harta Dan Takhta
- Regular price
- RM 16.00
- Sale price
- RM 16.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Apa Kata Islam Tentang Wanita, Harta Dan Takhta
Wanita tidak dapat dipisahkan dari keseronokan dan kelazatan duniawi. Malah wanita disimbolkan sebagai penghibur kepada penghidupan di maya pada ini. Segala-galanya ada pada wanita malah jatuh bangunnya sesebuah kerajaan dan terlucutnya kuasa pemimpin berada ditangan wanita. Ertinya wanita mampu merubah sesebuah kerajaan, masyarakat mahupun tokoh berpengaruh.
Sebab itulah juga wanita diperalatkan oleh syaitan untuk merasuk anak-anak Adam ke lembah kehinaan dan terjun ke neraka. Jika begitu apakah pandangan Islam yang unggul itu terhadap wanita itu sendiri. Maka buku ini memberi kupasan yang cukup relevan dan fakta jitu bagi melihat secara kolektif wanita dari sudut harta, kuasa dan takhta dalam kaca mata Islam.
Penampilan buku ini bukan terus-menerus meletakkan kaum wanita di dalam jerat kehidupan yang bagaikan sandiwara tetapi melihat ke dalam diri dengan sebenarbenarnya segala kejadian dan fungsinya yang cukup besar dan sangat dipuji mengangkat martabat umat di dunia umumnya.
Pembaca nanti tidak akan pandang serong lagi malah akan menghargai clan menghormati serta sama-sama berganding bahu untuk melihat mereka menjadi tenaga penggerak membina masyarakat dan negara yang tercinta berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kedudukan dan martabat wanita menurut Islam
- Peranan wanita dalam membina keluarga, masyarakat dan negara
- Hubungan wanita dengan harta, kuasa dan takhta
- Pengaruh wanita terhadap kepimpinan dan perubahan sosial
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin memahami kedudukan wanita menurut perspektif Islam
- Wanita Muslim yang mahu mengenali peranan dan potensi diri
- Lelaki yang ingin memahami hak, maruah dan sumbangan wanita dalam Islam
- Pelajar, pendidik dan pengkaji isu wanita serta masyarakat Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Ustaz Mukhlas Asy-Sharkoni
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830991542
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg