• 8865
  • 8861
  • 8862
  • 8863
  • 8864
1

Al-Hidayah

100 Keistimewaan Malam & Hari Jumaat

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis 100 Keistimewaan Malam & Hari Jumaat

Buku ini adalah terjemahan daripada dua buah karya asal Bahasa Arab oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman as-Sayuti dan ulasannya oleh al-Ustaz Muhammad Riyadh al-Malih, bertajuk Khushushiyyat Yaum Al-Jumuah.

Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu bagi segala hari dan mempunyai banyak keistimewaa. Sebanyak 100 keistimewaan malam dan hari Jumaat telah berjaya dihimpunkan oleh Imam as-Sayuti di dalam kitab ini.

Antara lain buku ini menjelaskan bahawa Jumaat adalah Hari Raya mingguan bagi umat Islam, Neraka Jahannam tidak menggelegak dan pelupusan dosa pada hari Jumaat, orang yang mati pada malam atau siang hari Jumaat selamat daripada seksa kubur, segala roh berkumpul pada hari jumaat, ia adalah hari pengampunan, hari pembebasan dan juga mempunyai ketika mustajab.

Untuk menegtahui lebih lanjut apakah keistimewaan-keistimewaan lain dalam buku ini yang mencapai sehingga 100 kelebihan, teruskan membaca dan meraih ilmu melaluinya agar kita dapat meningkatkan amal ibadat kita setiap mata lebih-lebih lagi pada malam dan siang hari Jumaat.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • 100 keistimewaan malam dan hari Jumaat
  • Jumaat sebagai hari raya mingguan umat Islam
  • Amalan sunat dan ibadah yang dianjurkan pada hari Jumaat
  • Waktu mustajab doa serta hari pengampunan dan pembebasan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Umat Islam yang ingin memahami keutamaan malam dan hari Jumaat
  • Pembaca yang mahu meningkatkan amalan sunat dan ibadah mingguan
  • Pelajar pengajian Islam, guru agama dan pendakwah
  • Individu yang ingin mendalami hadis serta karya ulama klasik

Maklumat Buku

  • Penulis: Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390433
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 8 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan