• 1471
1

Alaf 21

Variasi Sulaman Klasik

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Variasi Sulaman Klasik

Sulaman merupakan salah satu bentuk seni kerajinan tangan yang tertua dan telah wujud sekitar 2000 tahun yang silam. Di seluruh pelosok dunia, ia berkembang menjadi karya seni yang bernilai tinggi. Malah kemahiran ini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri dan sentiasa membesar dari sehari ke sehari.

Pelbagai buku berkaitan sulaman dihasilkan di peringkat antarabangsa. Namun, ia boleh dikira dalam terbitan Bahasa Melayu. Oleh itu Alaf 21 mengambil langkah menerbitkan Buku Variasi Sulaman Klasik karya Mariam Abu Bakar untuk kemudahan masyarakat tempatan. Buku ini dimuatkan dengan lebih 240 jenis jahit sulaman tangan dan lebih daripada 80 jenis jahit sulaman mesin. Ia juga menampilkan 20 projek contoh. Bagi membantu mereka yang baru mempelajari kraf ini, penulis telah berusaha menyusun tahap kemahiran dari yang termudah hingga yang paling kompleks.

Buku ini dihasilkan dengan harapan seni sulaman klasik ini tidak akan lupus. Keaslian dan seni halus hasil kerja ini tidak boleh diperolehi oleh mesin jahit berkomputer. Selain daripada memberi ilmu, kemahiran ini diharap terus berkembang dan diwarisi dari generasi ke generasi. Ini kerana sulaman telah menjadi refleksi dari pemikiran, ide-idea dan kebudayaan sesuatu bangsa.  

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Asas dan teknik sulaman tangan
  • Lebih 240 jenis jahitan sulaman klasik
  • Lebih 80 jenis jahitan sulaman mesin
  • Projek contoh sulaman daripada tahap mudah hingga kompleks

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pemula yang ingin mempelajari asas sulaman
  • Penggemar sulaman tangan dan sulaman mesin
  • Pengusaha kraf serta perniagaan jahitan
  • Guru, pelajar dan pengajar seni kraf

Maklumat Buku

  • Penulis: Mariam Abu Bakar
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9831241665
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan