Al-Hidayah
Iktibar Tanah Suci Makkah & Madinah Jilid 1
- Regular price
- RM 17.00
- Sale price
- RM 17.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Iktibar Tanah Suci Makkah & Madinah Jilid 1
Banyak kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di tanah suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihan-Nya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah s.w.t. bagi menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hamba-Nya itu sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisi-Nya. Tidak kurang juga darjat kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan oleh kelancangan, kecelu-paran atau kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak tanduk para jemaah bakal-bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mazmumah mereka yang masih liar dan tidak dibendung atau dikawal itu. Dalam buku ini. bakal-bakal haji dihidangkan dengan beberapa paparan sebahagian daripada kisah-kisah tersebut untuk direnungi, dihayati serta diambil iktibar agar mereka tidak mengulangi lagi kesilapan saudara mara dan sahabat handai yang telah melunaskan tuntutan ibadah haji mereka dalam usaha untuk mendapat haji yang mabrur yang Allah janjikan syurga sebagai balasannya itu.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kisah pelik dan kejadian luar biasa di Tanah Suci Makkah dan Madinah
- Ujian, kifarat dosa dan pengajaran kepada jemaah haji serta umrah
- Adab, tutur kata dan tingkah laku ketika berada di Tanah Suci
- Penghayatan iman, takwa dan kawalan nafsu dalam ibadah haji
Buku Ini Sesuai Untuk
- Bakal jemaah haji yang ingin membuat persediaan rohani
- Jemaah umrah yang mahu memperbaiki adab dan penghayatan ibadah
- Pembaca yang berminat dengan kisah serta pengajaran dari Tanah Suci
- Pelajar dan pengkaji asas berkaitan ibadah haji dan umrah
Maklumat Buku
- Penulis: kelancangan
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830997155
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg