• 8854
1

Al-Hidayah

Nasihat & Bimbingan Hadis Qudsi

Regular price
RM 8.00
Sale price
RM 8.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Nasihat & Bimbingan Hadis Qudsi

Buku ini menghimpunkan hadis-hadis Qudsi yang dikumpulkan oleh Imam Al-Ghazali. Buku dan hasil Imam Al-Ghazali berada di merata tempat. Naskhah tulisan ini telah dikatakan hilang tetapi telah berada di dalam simpanan di Perpustakaan Ghouto. Naskhah ini telah disalin semula oleh Husain bin Ahmad bin Muhammad (dikenali sebagai Sheikh Khushaliy) seorang ulama ternama Turki pada bulan Syawal 1053 hijrah.

Hadis yang terhimpun di dalam buku ini adalah sebanyak 38 buah hadis yang berkisar tentang nasihat dan bimbingan untuk kita agar sentiasa berada dalam landasan yang benar dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.

Semoga dengan perkongsian yang amat bernilai ini dapat kita mengambil ikhtibar dan pengajaran untuk meraih keredaan Allah SWT dan menjadi umat Muhammad SAW yang sentiasa mentaati perintah dan larangan Allah SWT serta menghidupkan sunnah Baginda SAW.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Himpunan 38 hadis Qudsi
  • Nasihat dan bimbingan kehidupan berlandaskan ajaran Islam
  • Ketaatan terhadap perintah dan larangan Allah SWT
  • Usaha meraih keredaan Allah SWT

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca umum yang ingin mendalami hadis Qudsi
  • Pelajar sekolah agama dan institusi pengajian Islam
  • Individu yang mencari nasihat serta bimbingan rohani
  • Guru, pendakwah dan penyampai ilmu agama

Maklumat Buku

  • Penulis: Imam Al-Ghazali
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673682096
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 5 x 7 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan