Al-Hidayah
Terjemahan Riyadh Al-Salihin Dalam Bahasa Melayu Jilid Pertama
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Terjemahan Riyadh Al-Salihin Dalam Bahasa Melayu Jilid Pertama
Kitab “Riyadh AI-Salihin” karangan Al-Nawawi adalah kitab yang menjadi panduan dan rujukan Islam sejak dahulu lagi. Kitab ini merupakan himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia terutamanya dalam bidang ibadah. Kitab ini juga sering dijadikan bahan pengajian di masjid-masjid, pusat-pusat pengajian dipejabat-pejabat dan sebagainya.
Kitab tersohor ini juga telah dilakukan pengesahan terhadap hadis-hadis yang terkandung di dalamnya oleh ulama-ulama hadis yang terkenal di antaranya Dr Nasir Al-Din Al-Albani. Kepakaran dan keahlian beliau dalam bidang hadis diiktiraf oleh umat Islam di serata dunia. Beliau telah menjalankan kajian terhadap setiap hadis yang terkandung dalam buku ini dari sudut kesahihan sanad dan matannya. Sebagai tambahan disertakan juga ulasan beliau di dalam kitab ini sebagai pengesahan terhadap tahap hadis-hadis yang telah beliau kaji.
Kitab ini merupakan sebuah khazanah ilmu yang amat diperlukan oleh umat Islam dalam meninggikan lagi kualiti setiap individu agar dilengkapi dengan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi. Cahaya ilmu adalah sangat penting untuk setiap muslim dalam menyuluh kehidupan yang lebih diberkati dan diredhai Allah SWT.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Himpunan hadis dan ayat alQuran sebagai panduan kehidupan Muslim
- Ibadah dan penghayatan ajaran Islam
- Akhlak mulia serta pembentukan peribadi Muslim
- Adab dalam kehidupan seharian
Buku Ini Sesuai Untuk
- Umat Islam yang ingin mendalami hadis dan ajaran Islam
- Pelajar sekolah agama, madrasah dan institusi pengajian Islam
- Guru, ustaz dan pendakwah sebagai bahan rujukan pengajaran
- Jemaah masjid serta peserta kelas pengajian agama
Maklumat Buku
- Penulis: Imam Nawawi
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789675115875
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 8 × 10 inci
- Berat: 0.3 kg