• 8759
1

Al-Hidayah

Fiqh Sunnah Jilid 1

Regular price
RM 55.00
Sale price
RM 55.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Fiqh Sunnah Jilid 1

Antara keutamaan ajaran Islam yang merupakan pedoman hidup umat manusia di muka bumi ini adalah memberikan pedoman yang syumul dalam membina kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan tamadun umat manusia. Bukan itu sahaja, malah ajaran Islam mampu merubah kejahiliyahan, kebodohan, kesesatan, kemungkaran, kezaliman menjadi keadilan, keberkahan, kebaikan dan kemaslahan bagi umat manusia.

Buku "Fiqh al-Sunnah" ini merupakan salah satu panduan dalam kehidupan seorang muslim dalam menjalankan hukum-hakam Allah (s.w.t). Bahasan dalam buku ini meliputi semua aspek hukum dalam ajaran Islam. la menghuraikan sekali gus memaparkan sunnah-sunnah Rasulullah yang pernah dipraktikkan dalam perkara ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah.

As-Sayyid Sabiq, pengarang buku ini merupakan salah seorang pakar hukum Islam yang sangat terkenal di dunia Islam, telah pun menghuraikan dan memaparkan perbahasan tersebut sedemikian lengkap dan terpadu, sehingga menjadikannya sebagai salah satu rujukan yang bernilai tinggi dan sentiasa diperlukan bagi umat Islam sepanjang masa.

Antara keistimewaan buku ini, perbahasan hukum-hakam Islam ditulis dan dibahas dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan sederhana, sehingga mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Berbeza dengan edisi buku fiqh Islam sebelum ini, di mana setiap hadis yang terdapat dalam buku ini telah pun ditakhrij dan ditahqiq bagi memudahkan para da'i, golongan akademik dan masyarakat awam mengetahui kedudukan sesebuah dalil yang kemudiannya layak untuk dijadikan sebagai landasan beramal dalam kehidupan seharian.

Semoga buku ini bermanfaat dan memberi kemudahan dalam menjalankan syari'at bagi setiap pembacanya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Fiqh ibadah dan panduan amalan harian umat Islam
  • Fiqh muamalah dalam urusan kehidupan dan kemasyarakatan
  • Fiqh munakahat berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan
  • Fiqh jenayah berdasarkan hukum dan prinsip syariah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Individu Muslim yang ingin memahami hukumhakam Islam
  • Pelajar sekolah agama, institusi pengajian Islam dan mahasiswa
  • Para da’i, guru agama dan pendakwah
  • Penyelidik serta golongan akademik dalam bidang Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Muhammad As-Sayyid Sabiq
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830998299
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 8 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan